BAB 9

Romance Completed 9340

Deringan jam loceng benar-benar membuat duniaku berpusing. Kepalaku terlalu sakit bagai dihempas batu yang sangat berat. Tapi aku harus kuatkan diri. Keperluan suami tercinta harus aku siapkan.

Abang Noah hanya akan bersahur jika aku yang masak. Bukan umi mahupun Mak Jah,tukang masak keluarga Tan Sri Luqman Hakeem sejak belasan tahun yang lalu.

Aku berjalan ke bilik mandi sambil berpaut pada dinding, berat sungguh rasa kepalaku. Keluar dari bilik mandi aku mencari abang Noah , tapi tiada. Kemana pula hilangnya?? Peristiwa malam tadi menerjah kotak fikiranku. Aku terus tertidur di birai katil kerana teruk menangis. Dan abang Noah keluar ke mana??

Segera ku ke bilik bacaan. Biasanya kalau ada masalah, abang Noah akan ke bilik bacaan. Dia sukakan buku.

Telahan ku benar. Dia tidur di sofa panjang di dalam bilik bacaan.“Maafkan Dhirah .” Manik jernih mula menitis kebumi. Ku tinggalkan abang Noah terus lena sementara aku turun hendak menyiapkan juadah bersahur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience