BAB 13

Romance Completed 9340

“Abang, ampunkan dosa dan salah silap Dhirah selama bergelar isteri abang. Halalkan segala makan pakai Dhirah . Ampunkan Dhirah ye bang.” Menitis air mataku tatkala mencium tangan suami tercinta. Terharu diberi peluang oleh Yang Maha Mengasihi memiliki insan yang sangat aku cintai.

“Usah cakap macam tu, Dhirah tak pernah bersalah pada abang. Abang halalkan segalanya. Abang harap Dhirah pun sudi maafkan salah silap abang pada Dhirah. Marilah kita bermula semula dan jalani hari seterusnya sebaik-baik suami dan isteri.” Sambil mengucup lembut dahiku. Terasa hangatnya kucupan seorang suami.

Selesai semua bermaaf-maafan, kami menjamu selera dengan semua juadah yang tersedia. Meriah sungguh Aidilfitri kali ini. Pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri. Isteri kepada seorang suami yang sangat aku cintai.

********************

“Assalamualaikum.” Satu suara kedengaran memberikan salam.

“Waalaikumusalam.” Jawab abi dari dalam rumah.

Keluarga Afiq Abu memang tetamu wajib keluarga abi dan umi. Datuk Arsyad dan Datin Siti Nuraidah, ibu bapa Afiqmerupakan sahabat umi dan abi semasa belajar puluhan tahun dahulu.

Melihatkan Afiq aku rasakan seribu kesalahan telah aku lakukan padanya.Risau apa yang akan dikata nanti bila aku dan abang Noah masih suami isteri. Risau di wajahku dapat di baca oleh suami tercinta.

“Sayang tak perlu risau. Afiq tak tahu apa-apa pun. Abang tak pernah beritahu dia apa pun yang terjadi antara kita.” Bisik abang Noah ke telingaku.

“Maksud abang??!!” tanyaku terperanjat.

“Ya, bila abang cakap yang hanya kita bertiga sahaja tahu, sebenarnya tak, hanya abang dan Dhirah sahaja yang tahu. Mustahil abang akan lepaskan Dhirah kepada orang lain.hehehe” Jelas abang Noah sambil ketawa sinis.

“Oooo rupanya abang mainkan Dhirah ya.” Ujarku sambil mencubit lengannya.
“Aduhh!!” jerit abang Noah . Semua yang ada di ruang tamu memandang tepat kearah kami. Senyap.

“Kenapa Noah ??” tanya umi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja abang Noah menjerit.

“Tak ada apa umi. Semut gatal gigit pinggang Noah .” Jelas abang Noah sambil tersenyum simpul.

Semua yang ada tergelak di buat dek abang Noah hur-hara jadinya teratak kami ini. Rumah yang dulunya besar dan sunyi ini kini indah disulami dengan tawa riang juga tak pernah kosong dari kasih sayang.

Sungguh saat ini aku bersyukur kerana diberi keizinan dan peluang untuk memeluk bahagia. Aku meminta seadanya namun Allah memberi lebih dari yang aku mahu maka nikmat apa lagi yang aku dustakan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience