BAB 2

Romance Completed 9340

Hari itu aku perasan yang abang Noah leka memerhati aku menyikat rambut. Rambut ikal, hitam dan lebat melepasi bahu. Itu adalah pertama kali aku tidak mengenakan hijab maka seakan janggal pula tidak menutup mahkota ku itu apalagi sebelum ini aku tidak pernah menunjukkan rambut ku kepada sesiapa lelaki ajnabi.

“Ini pertama kali abang lihat rambut Dhirah. Wah cantik sangat. Jadi inilah yang dimaksudkan untungnya suami yang memiliki isteri bertudung.” Tutur abang Noah sambil menutup malu, cover line lah tu bila perbuatannya mengintai isteri sendiri ditangkap. Kantoi laki aku ni hehehe.

Tapi aku juga malu okay, aku cuma menyimpul senyum kambing.

“Abang, tidurlah atas katil tu, Dhirah tidur atas sofa pun takpe.” Sambil mengeluarkan comforter dan selimut dari dalam almari.

“Eh apa pulak? T akpelah, Dhirah tidur atas katil, biar abang yang tidur atas sofa. Takkanlah lelaki nak tidur atas katil sedangkan isteri abang atas sofa..”

‘Abang?’? Kaget aku sekejap bila mendengar abang Noah membahasakan dirinya ‘abang’. Sebelum ini kami berbahasa menggunakan ‘abang Noah ’. Aduh, awkwardnya. Aku mula diserang panik.

“Abang Noah, setahu Dhirah, suamis elayaknya mendapat tempat yang terbaik. Abang Noah sudah menjadi suami Dhirah , jadi seharusnya abang Noah tidur tidur di atas katil, biar Dhirah tidur atas sofa.” Jawabku, terlalu awal untuk memanggilnya ‘abang’ sahaja.

“Eh tapi Dhirah ..”

“Dahlah abang Noah ,baik kita tidur. Nanti kalau ibu atau yang lain dengar, lain pula jadinya. Biar Dhirah tutupkan lampu, abang Noah tidurlah ya. Assalamualaikum.”

Aku terdengar keluhan darinya diikuti dengan balasan salam yang ku ucapkan. Ku tutup lampu lalu segera mencapai selimut menutupi tubuhku. Dalam kedinginan penghawa dingin yang mencucuk tubuh kecilku, fikiranku menerawang pada pelbagai senario dan kemungkinan yang akan ku hadapi pada hari esok sebagai isteri Noah Razali. Dan dalam fikiranku yang melayang aku hanyut dalam lenaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience