BAB 8

Romance Completed 9340

“Berbuka puasa tadi umi lain macam sahaja. Solat Terawih pun umi tak ikut. Dhirah tahu tak kenapa?” tanya abang Noah sebaik sahaja masuk ke dalam bilik pulang solat Terawih.

“Dhirah dah bagitahu umi.” Jawabku pendek.

“Bagitahu umi?? Maksud Dhirah ??” Tanya abang Noah dengan nada terperanjat. Kami belum capai kata sepakat, tapi aku dah memulakan rancangan. Siapapun di tempat abang Noah akan terperanjat.

“Dhirah dah bagitahu umi yang Dhirah tak boleh mengandung. Dhirah juga dah ceritakan pada umi tentang kak Melly sebagai pengganti Dhirah . Dalam masa terdekat ni boleh lah kita pergi meminang kak Melly . Kalau boleh raya pertama abang dengan kak Melly dah boleh disatukan.” Bicaraku lancar tanpa memandang abang Noah . Takut aku kehilangan kekuatan.

“Apa yang Dhirah mengarut ni??!! Kita belum pun setuju dengan rancangan tu.” Marah abang Noah .

“Nampaknya Dhirah tak sabar nak tinggalkan abang ya. Bersungguh-sungguh benar Dhirah ingin dilepaskan.Baiklah, kalau itu keputusan Dhirah . Hujung minggu ni kita pergi pinang Melly . Dhirah suka kan?? Puas hati Dhirah sekarang??”

Belum sempat aku jelaskan abang Noah terus keluar. Dihempasnya pintu bilik. Belum pernah aku lihat abang Noah seberang itu. Aku meraung sekuatnya dibibir katil.

“Bukan ini yang aku mahu Ya Allah. Kalau boleh aku tak mahu dilepaskan walau sesaat pun. Kalau aku berdaya aku akan merayu supaya dakaplah aku seeratnya. Paut bahuku serapat mungkin. Jangan biarakan aku walau senafas sekalipun. Tapi aku terlalu lemah untuk itu. Terlalu lemah. Aku tak berdaya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience