BAB 1

Romance Completed 9340

Siapa kata cinta harus memiliki sedangkan memiliki orang yang kita suka tidak juga bermakna perhubungan itu diklasifikasikan sebagai cinta kerana ada kes ianya lebih kepada sebuah obsesi dan menjurus kepada ketamakan. Cinta itu juga tidak bermakna memenuhi segenap mahu kita, adakalanya dalam kesederhanaan itu cinta terbit dalam tak kita sedar.

Melepaskan orang yang kita cinta demi kebahagiaannya juga adalah cinta. Pendek kata cinta itu punya makna yang besar dan pada akhirnya cinta yang disulami dengan redha Illahi tanpa syarat adalah sebesar-besar dan sebenar-benar cinta yang harus kau miliki dan menerimanya dengan hati ikhlas.

Duniaku berputar 360 darjah saat aku mendegar lafaz; “Aku terima nikahnya Dahlia Adhirah binti Deraman dengan mas kahwinnya RM250 tunai”. Ya aku sudah sah menjadi milik seseorang.

Hari itu, selepas Zohor tepat jam 2 petang dengan hanya sekali lafaz sahaja aku kini bergelar isteri kepada Noah Razali Bin Ismail. Manik Kristal berjuraian dari tubir mataku. Sungguh sebak dan terharu tatkala dahi dikucup suami tercinta dalam majlis membatalkan air sembahyang. Ini adalah momen yang selalu aku impikan dan ia berlaku seperti apa yang ku mahu.

Majlis persandingan berlangsung dengan sederhana namun sangat meriah. Semua sahabat ayah dan ibu hadir menyaksikan persandingan puteri bongsu mereka. Sungguhpun letih namun aku dapat me lihat betapa gembiranya ibu dan ayah apabila aku dijodohkan dengan lelaki yang baik budi pekerti dari kalangan keluarga yang baik keturunannya.

Terluah perasaan lega dari airmuka mereka.Sungguh girang hati mereka kerana yakin pilihan mereka mampu melakar pelangi indah dalam hidupku dan aku yang meraih bahagia melalui kebahagiaan kedua orang tuaku turut memanjat rasa syukur atas kebahagiaan yang dirasai semua orang. Jika ini sebenar-benarnya kebahagiaan, maka aku ikhlaskan.

Dan pada malam, aku dan Noah Razali menunaikan solat Isya’ bersama-sama buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Kalau dulu kami selalu juga solat bersama, tapi hubungan kami hanya terbatas sebagai abang dan adik angkat.

Siapa aku?Aku menjadi anak angkat kepada umi dan abi, gelaran buat kedua orang tua Noah Razali yang adakalanya aku panggil abang. Perhubungan kami terjalin ketika aku melanjutkan pelajaran di Pulau Pinang tiga tahun lepas. Kerana terlalu lama bersama dan terlalu sayang pada aku, umi dan abi mengambil keputusan menjadikan aku menantu kepada anak kedua mereka, satu-satunya anak lelaki mereka. Maka disitulah bermula perjalanan kisah aku dan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience