BAB 11

Romance Completed 9340

“Eh Sayang abang dah bangun?? Kejapnya tidur. Nak makan apa-apa tak?? Doktor pesan sayang tak boleh berpuasa hari ini.” Jelas abang Noah sebaik sahaja menjengah masuk.

“Malam tadi abang tolak sayang masuk bilik. Tak mahu kejutkan sayang, abang pun angkatlah sayang naik atas katil. Berat juga isteri abang ni ya. Tengok macam cinonet rupanya berat. Tang pipi kot dah berat.” Seloroh abang Noah. Sumpah aku malu. Ya aku harus akui berat badanku naik berkilo-kilo, nak jalan pun boleh mengah sekarang nu.

Tapi sedikit pun tidak berjaya membuat aku tersenyum. Aku masih tak mengerti. Kenapa abang Noah tiba-tiba berubah. Kenapa mesti ber’abang’ ‘sayang’ sedangkan tiada siapa pun disini. Dah buang tebiat agaknya orang tua ni.

“Laa, kenapa senyap je ni??marah sebab abang tinggalkan sayang ke ?? Sorry lah, abang pergi solat subuh kat surau sebelah. Tak lama, usai solat abang tereus bergegas balik.” Jelas abang Noah sambil tersenyum seraya mencubit lembut pipiku yang semakin gebu ini.

Abang Noah bingkas bangun dan menuangkan air kemudia menyuakan gelas ke mulutku. Aku meneguknya perlahan. Usai minum dia menepuk-nepuk bantal dan membetulkan selimutku mahu memastikan aku selesa. Apa yang mengejutkan aku, dia kemudian menyarungjan stoking kemudia mengurut-urut kakiku. Jatuh jantungku dipanah bius cinta.
“Abang sayangkan Dhirah . Lebih daripada segalanya. Lebih daripada nyawa abang sendiri. Mencintai Dhirah adalah anugerah terhebat daripada Yang Maha Mencintai kepada abang. Memiliki Dhirah walau tidak sepenuhnya adalah hadiah terbesar sepanjang hidup abang.”

“Dan sekiranya abang terpaksa kehilangan Dhirah , abang lebih rela kehilangan nyawa abang. Abang terlalu cintakan Dhirah . Terlalu. Terimalah cinta abang sayang.”

“Tapi…” Pintasku. Tapi belum sempat aku menghabiskan ayatku, abang Noah cepat meletakkan jari telunjuknya dibibirku.

“Sebenarnya abang terlalu mencintai Dhirah . Bermula dari saat pertama kali abang melihat Dhirah di rumah umi tigatahun lepas. Sungguh saat itu hati abang dah terpaut pada Dhirah . Dalam setiap sujud Abang sentiasa berdoa agar Dhirah menjadi suri dalam hidup abang. Menjadi menantu kepada umi. Dan ibu kepada anak-anak abang. Dan sesungguhnya Allah Maha penyayang, Dia hadiahkan Dhirah untuk abang meskipun bukan sepenuhnya Dhirah menjadi milik abang.” Bicara abang Noah sayu. Air mataku berlinangan.

“Jadi, kenapa abang tak berterus-terang dengan Dhirah ??” balasku dalam sendu.

“Bila Dhirah cakap tentang Melly , abang rasakan Dhirah tak mahu bersama abang. Abang tak pernah cakap yang abang ada perasaan pada Melly . Tambahan pula Afiq pernah bercerita pada abang tentang perasaannya pada Dhirah . Dan Dhirah juga ada cakap yang Dhirah akan beritahu umi bahawa Dhirah tidak setuju dengan perkahwinan kita. Itu sebab abang buat keputusan gila dengan setuju berkahwin dengan Dhirah . Bagi abang, biarpun abang tidak memiliki Dhirah sepenuhnya, tapi abang tetap berhak ke atas Dhirah . Dan abang yakin suatu hari abang akan berjaya memiliki cinta Dhirah . ”

“Tapi kenapa baru sekarang abang beritahu semua ni??kenapa tak dari dulu??”

“Abang tak mahu tergesa-gesa. Abang perlu benar-benar sedia. Dan yang sebenarnya abang takut. Takut kalau abang terpaksa kehilangan Dhirah .”

“Kalau betul abang cintakan Dhirah , kenapa abang tak ada masa Dhirah dihantar ke hospital?? Abang tahu tak, masa tu Dhirah lebih rela jika Dhirah mati. Dhirah benci pada doktor yang menyelamatkan Dhirah .” Tangisku semakin menjadi-jadi.

“Jangan cakap macam tu sayang.” Pujuknya sambil mengesat air mataku..

“Dhirah buat abang benar-benar kecewa bila Dhirah tiba-tiba beritahu umi tentang rancangan yang abang langsung tak setuju. Abang ingat nak luahkan segalanya pada Dhirah malam tu,tapi ternyata Dhirah lebih dulu minta dilepaskan. Ternyata cinta abang tak berjaya menambat hati Dhirah . Abang kecewa sangat-sangat. Sebab tu abang halang diri abang dari melawat Dhirah . Tapi ternyata cinta abang lebih kuat dari marah abang pada Dhirah . Abang tak berjaya halang diri abang dari bertemu Dhirah . Abang tak sanggup berpisah dengan Dhirah .” Jelas abang Noah tentang apa yang berlaku.

Tiada kata yang mampu aku luahkan. Kami saling berpelukan. Seerat mungkin. Bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan kami saat itu.

“Maafkan abang sayang. Maafkan abang atas segala penderitaan Dhirah selama ini. Maafkan abang kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Maafkan abang kerana leka dengan perasaan Dhirah . Maafkan abang sayang.” Rayu abang Noah sambil mencium-cium jemariku. Terasa bahangnya airmata abang Noah yang mengalir di jemariku.

Aku yakin cinta Noah Razali tulus dan ikhlas buat diriku Dahlia Adhirah . Dan aku yakin inilah petunjuk daripada Yang Maha Merencana. Aku bersyukur yang teramat sangat.

Terlalu bersyukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience