BAB 7

Romance Completed 9340

Sambil membantu umi mencantas pokok bonsai kesayangannya, aku memulakan bicara tetang apa yang sudah aku rancangkan.

“Umi, Dhirah nak mintak ampun dengan umi dari hujung rambut sampai hujung kaki.Maafkan segala salah dan dosa Dhirah selama Dhirah bersama keluarga umi.” Bicaraku tersekat.

“Kenapa tiba-tiba Dhirah minta maaf pulak ni??” tanya umi hairan dengan sikapku.

“Tiada apa yang perlu umi maafkan. Dhirah anak yang sangat baik. Tiada salah satu pun yang Dhirah pernah lakukan.Kenapa ni sayang??” tanya umi lagi sambil mengusap belakangku.

“Maafkan Dhirah umi, Sebenarnya,Dhirah tak mampu berikan abang Noah zuriat. Dhirah tak mampu berikan umi dan abi cucu. Maafkan Dhirah .” Bicaraku dalam ketar.Hanya Allah yang tahu betapa berdosanya aku terhadap insan yang ku panggil umi. Yang tiada bezanya dengan ibuku sendiri.

“Ampunkan Dhirah kerana menipu umi. Ampunkan aku Ya Allah.”

“Astargfirullahhalazim!!Apa yang Dhirah cakapkan ni?? Umi tak faham lah.” Tanya umi tak percaya.

“Dhirah tahu. Umi pasti tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Dhirah tak mampu. Dhirah tak boleh. Maafkan Dhirah umi.” Jelasku dalam esak tangis. Bukan tangisan lakonan, tapi tangisan kerana menipu seorang insane bergelar ibu. “Berdosa aku Ya Allah.”

“Tak sayang. Tak. Sekarang ni banyak teknologi canggih. Kita usaha ya. Umi yakin anak yang baik macam Dhirah akan dikurniakan cahaya mata yang baik juga. Kita usaha ya sayang. Umi yakin, pasti akan ada cara. Kalau tak boleh cara moden kita cuba cara kampung ya.Allah itu Maha Kuasa sayang.” Pujuk umi. Aku tahu umi kecewa sangat-sangat. Terlalau kecewa. Tapi umi bijak mengawal perasaan dan dikuatkan dirinya demi aku. Itulah umi.

“Tak umi. Dhirah dengan abang Noah dah cuba macam-macam cara. Baik moden mahupun cara kampung. Pelbagai usaha dah kami ikhtiarkarkan.” Bohongku pada umi.

“Kami dah buat keputusan. Dhirah izinkan abang Noah kahwin lain.” Beritahuku pada umi.

“Apa!! Apa yang Dhirah mengarut ni?? ” Marah umi.

“Dhirah tak mengarut umi. Kami dah setuju. Dhirah juga dah ada calon yang paling sesuai menggantikan tempat Dhirah disisi abang Noah dan juga untuk keluarga ini.” Jelasku pada umi. “Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui.”

“Tak!! Umi tak setuju. Kalau betul Dhirah tak boleh beri zuriat pada Noah . Kita ambil anak angkat. Umi tak mahu orang lain sebagai menantu umi selain Dhirah . Umi tak setuju!!” Tegas umi.

“Umi, Dhirah nak abang Noah ada zuriat dia sendiri. Anak dia sendiri. Keturunan dia sendiri. Darah daging dia sendiri.” Jelasku dalam tangis yang tak dapat dibendung lagi.

“Umi jangan bimbang. Dhirah janji, isteri abang Noah nanti lebih baik daripada Dhirah . Dia akan jadi isteri yang paling solehah,menantu yang paling hebat dan juga ibu yang paling sempurna kepada anak-anak abang Noah . Percayalah pada Dhirah umi. Dhirah pohon pada umi. Percaya Dhirah untuk sekali ini sahaja umi.” Rayuku. Aku yakin umi akan setuju. Aku kenal umi.

“Dhirah , jangan buat umi macam ini sayang. Dhirah tahu kan umi sayang Dhirah lebih daripada umi sayang Noah . Kenapa mesti macam ini sayang??” Tangis umi, kali ini umi tidak lagi dapat mengawal perasaanya. Tapi aku yakin ini adalah yang terbaik. Terbaik buat insan yang aku cintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience