BAB 6

Romance Completed 9340

Hatiku berdebar menanti Noah balik dari solat tarawih. Selalunya aku akan ikut sama dan dia akan memboncengku menaiki Vespa. Namun hari ini aku tak dapat pergi kerana uzur. Dalam fikiranku sudah menimbang tara pelan yang mungkin dipersetujui oleh Noah.

“Awal t balik terawih hari ni? ” Tanya aku sebaik sahaja abang Noah melangkah masuk ke dalam bilik.

“Cepat? Tak adalah. Macam biasa. Dhirah tak ikut itu yang Dhirah rasa cepat.” Seloroh abang Noah .

Tanpa menunggu lama, aku terus mengutarakan pelan ku sebaik melihat Noah mahu melabuhkan punggungnya pada sofa kulit di ruang tamu.

“Ermm, Abang, sebenarnya Dhirah dah ada plan.” tutur ku tanpa membuang masa.

“Plan? Plan apa dia? ” Tanya abang Noah pelik.

“Macam ni, pagi tadi Dhirah dapat tawaran kenaikan pangkat. Dengan syarat Dhirah perlu mengambil kursus di Jepun.”

Pagi tadi aku ditawarkan kenaikan pangkat. Tetapi dengan syarat aku harus mengambil kursus di Jepun selama 6 bulan. Mungkin ini petunjuk daripada Yang Maha Bijaksana untuk aku menyelesaikan semua ini.

“Jepun!!” jerit abang Noah .

“Perlahanlah suara tu, nanti umi dengan abi di luar tu dengar.” Sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.

“Ya, Jepun. Dhirah ingat kita bagitahu umi dan abi yang Dhirah tak boleh beri abang zuriat. Dhirah izinkan abang kahwin satu lagi. Dhirah akan cadangkan kak Melly sebagai menantu umi. Bila semuanya selesai Dhirah akan terus ke Jepun.Kalau boleh kita selesaikan semua ini dalam bulan Ramadhan ni juga. Sebab Dhirah diminta ke Jepun pada raya ke 7.” Cadangku pada abang Noah . Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hatiku bila memikirkan semua ini. Tapi inilah yang harus aku bayar atas segala perbuatanku.

“Apa!!! Dhirah nak bagitahu umi yang Dhirah tak mampu mengandung?? Dhirah dah gila ke?? Abang tak setuju. Banyak lagi cara lain. Bukan ini caranya. Dan Dhirah akan pergi ke Jepun tinggalakan kami semua?? Itu lagi abang tak setuju!!!” Marah abang Noah . Belum pernah aku lihat abang Noah marah begitu sekali.

“Abang Noah dengar Dhirah . Hanya ini sahaja jalan yang kita ada. Hanya ini sahaja peluang yang kita ada. Dhirah tak sanggup nak teruskan lakonan ini lagi. Dan Dhirah tak mahu jadi penghalang cinta abang Noah . Kak Melly terlalu baik orangnya, Dhirah tak mahu abang Noah kehilangan dia.Tolonglah setuju dengan Dhirah untuk kali ini sahaja. Dhirah tak pernah minta apa-apa dengan abang Noah , hanya ini yang pertama dan terakhir. Kita hentikan semua ini.” Rayuku pada abang Noah . Tak mampu lagi untukku tahan air mata dari mengalir.

Abang Noah bangun meninggalkan aku sendirian. Tiada keputusan yang dicapai. Tapi aku nekad. Walaupun tanpa abang Noah , aku tetap akan meneruskan semua rancangan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience