BAB 3

Romance Completed 9340

Sebelum keluarga umi hendak masuk meminang, aku pernah berbincang dengan abang Noah Razali tentang apa yang direncanakan. Aku tak nak kami tersalah langkah, tak nak kami menyesal dikemudian hari. AKu juga tak mahu kerana menurutkan kata orang tua, sudahnya kehidupan kami terlarut dalam derita. Sungguh aku juga tidak mahu menganiaya diriku.

“Apa Dhirah setuju dengan apa yang umi rancangkan??” Tanya abang Noah Razali perlahan pada satu petang yang damai.

“Entahlah..” jawabku.

Lama juga kami senyap tanpa bicara. Mati kata-kata. Terasa lain benar petang ini berbeza dengan petang yang kami jalani dengan tawa dan kata-kata yang tidak diselitkan dengan sebarang perasaan atau tekanan.

“Jika Dhirah terima, apakah abang akan anggap ia sebagai perbuatan membalas budi? Keluarga umi dah terlalu baik pada Dhirah , begitu juga abang Noah sendiri. Dhirah tak nak lukakan hati siapa pun, itu sebab Dhirah ajak abang Noah bebincang. Dhirah tahu abang Noah dah ada pilihan hati, Kak Melly kan??” Tanyaku sambil tersenyum.

“Apa? Melly ??” Tanya abang Noah kehairanan.

“Ya abang. Kalau nak tahu Dhirah dah tahu masa kali pertama abang Noah bawa kak Melly jumpa Dhirah . Walaupun abang Noah dan kak Melly tak bagitahu Dhirah , Dhirah boleh baca dari raut wajah abang Noah dan kak Melly ” jelasku.

Dan sekali lagi kami berdua membisu tanpa kata.

“Dhirah juga tahu yang abang Noah bukan seorang anak yang suka membantah kata-kata umi dan abi, jadi kalau abang Noah tak setuju, biar Dhirah saja yang beritahu umi dan abi. Dhirah tak kisah menipu, Dhirah akan bilang yang Dhirah sudah ada pilihan hati.

“Tapi..” balas abang Noah dalam nada serba salah. Keningnya berkerut. Pening barangkali seperti aku yang sudah bingung dan buntu.

“Tak apa, Dhirah tak kisah. Apa yang penting kita tak tersalah membuat keputusan hidup. Perkahwinan ini suci dan setiap dari kita mengimpikan ia akan jadi pertama dan terakhir. Lagi pula Dhirah tak nak jadi penghalang antara abang Noah dan Kak Melly” jawabku sambil tersenyum. Agar dapat menghilangkan rasa bersalah yang bersarang di hati abang Noah mungkin. Juga menenangkan hati sendiri. Penipu.

“Tapi Dhirah, Dhirah kan tahu yang umi pasti sangat-sangat kecewa dengan keputusan Dhirah . Abang Noah pula akan rasa bersalah seumur hidup. Abang Noah tak mahu jadi anak yang menyebabkan air mata umi mengalir, dan membiarkan Dhirah menanggung semuanyab seorang diri.” abang Noah membalas pula.

“Jangan risau bang. Bukan abang Noah yang menyebabkan umi kecewa tapi Dhirah . Abang Noah tak perlu rasa bersalah. Dhirah tak kisah pun kerana Dhirahh ini cuma anak angkat. Abang pula anak kandung, melukakan hati mmereka lagi memberi kesan.” Balasku memujuk abang Noah .

“Dan kecewa umi pasti tak lama. Bila abang bawa kak Melly jumpa umi nanti, pasti umi akan terima. Dan waktu tu,umi pasti dah tak ingat pada Dhirah lagi. Dhirah yakin kerana Kak Melly baik peribadinya, indah rupa paras. Umi pasti akan terima. Percayalah pada Dhirah .” Sambungku lagi cuba menyakinkan abang Noah.

“Salah tu Dhirah. Abang Noah tetap akan rasa bersalah dengan umi dan Dhirah . Abang Noah terima Dhirah sebagai pilihan umi. Abang Noah tak mahu bersubahat dan jadi penipu” Sambil memandang tepat ke arah ku.

“Apa?? Abang Noah jangan main-main” Balasku terperanjat. Pelik. Abang Noah memang anak yang taat.

“Dhirah , kita akan teruskan impian umi dan abi. Kita akan bernikah dan berkahwin seperti pasangan lain. Meski hanya pada nama.” Ucapnya.

“Apa maksud abang??” Aku semakin pelik dan hairan dengan bicara abang Noah. Dia kelihatan tenang sedikitpun tak tergugat.

“Macam ni, kita berkahwin seperti biasa, dan abang akan lepaskan Dhirah selepas beberapa bulan kita kahwin. Kita akan cari alasan yang paling sesuai tanpa melukakan mana-mana pihak baik pada keluarga Dhirah juga pada di pihak abang Noah ya. Itu lagi terbaik.’’ Pintanya bersungguh.

“Hah? Serius ke ni bang Noah?” bagai gugur jantungku mendengar bicara abang Noah .

“Ya, Dhirah tak perlu risau. Selama kita bergelar suami isteri, abang Noah sama sekali tidak akan menyentuh Dhirah . Abang Noah akan lepaskan Dhirah sepertimana abang Noah mengambil Dhirah . Abang Noah janji.” Jelas abang Noah lagi dan entah kenapa ia benar-benar menghancur hatiku.

“Kemudian?” Aku bagau tak sabar mendengar plan abang Noah.

“Kemudian??” Tanya abang Noah semula. Lama dia membisu sebelum meneruskan bicara yang langsung tak terjangkau dek akalku.

“Selepas tu Dhirah boleh bersama dengan Afiq . Abang tahu yang Dhirah sukakan Afiq . Afiq pun sebenarnya sukakan Dhirah , dia ada bagitahu abang Noah yang dia nak jadikan Dhirah teman istimewa dia.Tapi dia belum berkesempatan untuk meluahkan kepada Dhirah .” Lancar bicara abang Noah .

Doktor Afiq Abu. Sahabat baik abang Noah . Pernah merawat aku ketika kemalangan setahun lepas. Kami memang rapat, tak sangka pula keakraban kami disalah erti. Bukan sahaja oleh abang Noah tetapi juga Afiq .

“Afiq ??” tanyaku.

“Ya, Afiq . Abang Noah akan terangkan segala rancangan kita pada dia. Hanya kita bertiga sahaja yang tahu.” Balas abang Noah .

“Jadi maksud abang Noah kita hanya berpura-pura sebagai suami isteri?” tanyaku mendapatkan kepastian.

“Ya..Tapi abang Noah tak paksa Dhirah untuk turut berlakon dalam drama yang mengarut ni. Abang Noah cuma menyatakan pendapat abang Noah sahaja. Abang Noah tak mahu ada hati yang terluka dengan keputusan kita nanti terutama umi dan abi. Kalau Dhirah rasa akan terbeban, kita lupakan sahaja.” Jawab abang Noah tenang tapi sayu.

“Dhirah setuju.Dhirah juga tak mahu kecewakan umi dan abi.” Entah kenapa begitu mudah aku bersetuju. Sedangkan aku tahu dalam hal ini akan ada hati yang terluka. Aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience