BAB 12

Romance Completed 9340

“Selamat hari raya Aidilfitri sayang.” Bisik abang Noah ke telingaku.

“Selamat hari raya Aidilfitri??” Tanyaku pelik.

“Ya, selamat hari raya Aidilfitri” ulang abang Noah lagi.

Aduh liat sungguh mataku untuk celik. Al-maklumlah malam tadi aku all put berhempas pulas menyiapkan persiapan di minit- minit terakhir. Mengemas rumah, membantu di dapur dan menyiapkan pakaian raya lagi. Tak silap pukul 5 pagi baru tubuhku merangkak baring di sisi suami tercinta.

“Dah pukul berapa ni?” Tanyaku sambil menggosok-gosok mata.

“Dah subuh. Bangunlah mandi. Busuklah.” Seloroh abang Noah .

Usai solat subuh aku terus ke dapur membantu mana yang patut. Tugas Umi memang akan menyiapkan semuanya sebelum pergi solat Aidilfitri. Jadi, selepas balik sembahyang boleh terus melahap juadah yang enak dan limited edition contohnya kuah lodeh masakan Umi yang hanya akan dihidangkan pada hari raya Aidilfitri sahaja.

Selesai solat Aidilfitri, kami semua menuju ke kubur datuk dan nenek abang Noah . Ini adalah lawatan kali pertamaku dan usai membaca surah Yassin, al-Fatihah dan sedikit doa, kami terus pulang kerumah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan cuaca juga berarak indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience