BAB 10

Romance Completed 9340

“Dhirah dah sedar.” Suara umi bagaikan bergema.

“Dhirah dah sedar sayang.. Syukur Alhamdulillah.” Bicara umi sambil mengucup dahiku.

Kepalaku ligat memikirkan apa yang terjadi. Kenapa semua orang ada di sini?? Ibu dan ayah dari Perlis pun ada. Kenapa aku boleh berada di atas katil hospital?? Kenapa kepalaku berbalut?? Apa yang sebenarnya semua ini?? Adakah aku sekadar bermimpi?? Dan mana abang Noah ??

“Dhirah sayang, Dhirah jatuh pengsan masa turun tangga sahur kelmarin. Kepala Dhirah berbalut pula sebab Dhirah terhantuk pada anak tangga. Dua hari Dhirah tak sedarkan diri. Itu sebab kami telefon ibu dan ayah Dhirah .” Jelas abi bagaikan mengerti persoalan yang bermain di mindaku.

Tapi mana abang Noah ?? Marah benar dia padaku sampaikan tak sudi melihatku disini.

Ibu bagaikan mengerti bahawa aku perlu bersendirian. Mungkin juga sedari tadi aku hanya diam membisu dan adakalanya termenung jauh. Ya sungguh aku mahu sendiri tanpa sebarang gangguan.

“Doktor beritahu tekanan darah Dhirah terlalu rendah dan Dhirah terlalu letih. Sebab itulah Dhirah pengsan. Doktor menasihati agar Dhirah banyakkan berehat. Seeloknya kami semua balik dulu, InsyaAllah esok kami datang lagi. Dhirah bawa rehat ya.’’ Ujar ibu sambil mengusap dahiku.

“Terima kasih ibu.” Bisikku perlahan.

Pada mulanya Umi tidak mahu meninggalkan aku keseorangan tapi mungkin setelah dipujuk ibu, umi akur. Sebelum ibu dan ayah juga kedua mertuaku keluar dari bilik sempat juga mereka menitip pesanan dan nasihat juga mengucupku. Ya Allah, tumpah air mata sebak tidak tertahan. Sungguh aku selama ini dikelililingi mereka yang benar-benar menyanyangiku.

Malam berarak kelam dan terasa sungguh kosong. Aku gagahkan diri bangun dari katil mencari kerusi tolak. Aku perlu keluar, aku tak mahu terbiar keseorangan dalam bilik ini. Aku mahu mencari ketenangan di sebalik kedinginan malam yang seakan memukul-mukul hatiku.

Aku merehatkan diri di suatu sudut sambil merenung malam. Aku tak berani memandang bulan kerana aku akan menangis jika terpandangkan bulan. Terasa betapa sunyi dan sedihnya sang bulan. Meskipun ia dikelilingi cantiknya bintang berkelip di angkasa, namun dia tetap sendiri. Terasing dan sunyi tanpa sang pungguk bernyanyi rindu memanggil namanya.

Dingin malam mencengkam sampai ke tulang. Tiba-tiba ada kain yang diletakkan dibahuku.

“Maafkan abang sayang.” Lafaz abang Noah sambil menggenggam erat jemariku.

Tiada kata mampu dilafaz, sungguh aku tergamam. Air mata berlinang dank u kira ini airmata kelegaan.

Malam itu aku diam tanpa sepatah kata pun. Begitu juga abang Noah . Kami sama-sama merenung malam. Memikirkan apa yang telah terjadi dan akan terjadi. Kami larut bersama fikiran masing-masing. Aku tak mahu memikirkan apa yang bermain di fikirannya kerana aku sendiri tidak dapat mengawal segala rasa yang terdetik dalam diriku saat ini. Justeru aku hanya membiarkan perasaan kami ini larut bersama kepekatan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience