BAB 4

Romance Completed 9340

Malam pertama bergelar isteri aku tidur berbantalkan airmata. Jujur, Aku tak salahkan sesiapa. Aku yang setuju dengan keputusan ini. Aku menjadi sebahagian daripada pilihan ini.Tiada sesiapa yang memaksa. Tapi kenapa aku menangis? Sungguh persoalan ini seakan satu soalan bodoh. Umpama aku yang mahu menjerut leherku sendiri tapi aku yang bertanya kenapa aku mahu menamatkan nyawaku. Ya, ku kira ia satu soalan bodoh!

Sedar tak sedar hampir empat bulan kami melayari nakhoda rumah tangga. Kami tinggal bersama umi dan abi. Dari segi harfiahnya, tiada cacat cela dalam hubungan kami pada pandangan umum. Aku menjadi isteri sebaik-baiknya isteri, solehah dan taat pada suamiku Noah Razali. Solat Jemaah bersama, ke pejabat bersama, segela makan minum dan pakaiannya ku sediakan, tiada terabai walau satupun.

Sama sepertiku, dia memenuhi kelengkapan dan nafkah Zahirku. Meskipun aku punya pendapatan sendiri cukup untuk menampung segala keperluan dan kehendakku namun dia tetap menanggungnya. Kami dicanang ‘perfecct couple’.

Tidak pernah meninggi suara, sering bermanja-manja, manis dalam bicara hatta masing-masing tak pernah lekang memanggil nama panggilan sayang dan abang. Tapi itu semua hanya sandiwara semata demi mengaburi dunia luar. Hakikatnya dalam kamar tidur, kami seperti orang asing dan plastik! Aku adalah ‘sayang’ yang tidur di sofa saban malam manakala dia adalah ‘abang’ yang tidur selesa di katil empuk.

“Abang Noah, Dhirah rasa sudah sampai masa kita hentikan semua lakonan ini.” Bicaraku pada abang Noah selesai solat Terawih. Pertama kali aku bakal berpuasa Ramadhan sebagai seorang isteri.

“Apa maksud Dhirah ?” Tanya abang Noah bagaikan tak mengerti.

“Dhirah tak mahu sambut Aidilfitri dengan semua ni. Kalau boleh biar kita akhiri semua ini sebelum Aidlfitri tiba. Tak tenang rasanya hidup dalam penipuan ini. Siang malam dihimpit rasa takut.“ Jawabku sambil mengawal perasaan yang bergelodak di jiwa.

“Tapi macamana kita nak biarkan semua ini berlalu tanpa ada hati yang kan terluka, jujurnya Abang belum merancang. ” balas abang Noah .

Ya benar apa yang dikatakan oleh Abang Noah benar. Sungguh selama ini kami terlalu sibuk ‘berlakon’ sehingga lupa memikirkan rancangan perpisahan terbaik tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Sibuk sehingga kadang-kadang aku rasakan aku bukan lagi ‘berlakon’. Sibuk. Malah menjalankan lakonan ini secara naturalnya. Adakalanya aku lupa yang aku tengah in character.

“Umi dan abi dah mula bertanya bila mereka boleh mendapat cucu daripada kita. Dhirah dah tak tahu nak jawab apa lagi.Dhirah rasa bersalah dan berdosa sangat pada umi dan abi.” Tak dapat kubendung lagi air mata dari mengalir.

Abang Noah datang menghampiriku dan mengelap air mata ku.

“Abang janji kita akan selesaikan semua ini secepat mungkin. Maafkan abang.” Pinta abang Noah sambil mengucup tanganku. Terharu.

“Tak, abang tak salah. Dhirah yang setuju dengan semua ini. Tiada siapa yang harus minta maaf dalam hal ini.” Balasku tanda bersalah. Bersalah membuatkan suami tercinta momohon ampun padaku sedangkan semua ini kehendak kami berdua. Kehendak aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience