Bab 1

Romance Series 6107

Kedua tangannya menjinjit dua baldi penuh berisi pakaian yang baru siap dicuci menuju ke belakang rumah. Ingin disidai pakaian itu di ampaian agar segera kering. Tambahan lagi cuaca pada pagi itu cerah sekali. Itulah rutin hariannya setiap hujung minggu. Membasuh pakaian kotor setelah lima hari sibuk berkerja.

Ahhh duren sawiiittt...

Pacarku si duren matang
Duda keren masih lajang
Sopan santun baik hatinya
Seratus persen aku cinta

Pacarku si duren sawit
Duda keren sarang duit
Setahun sudah pacaran
Tak sabar naik pelaminan

Du du duren sawit
Duda keren sarang duit
Gadis janda tua muda
Engkau buat tergila-gila

Du du duren matang
Lamar aku dong abang ganteng
Lahir batin aku mahu
Kau jadikan aku isterimu..

Tangannya yang menyidai pakaian tangkas berkerja sepantas bibirnya menyanyikan lagu tersebut. Pagi-pagi layan dangdut. Fuh, hebat kau Caya! Nasib tak bergelek sama. Ngee

"Eheem... Happy nampak." Terteleng kepalanya mencari empunya suara yang menegurnya. Saat retina matanya mengecam figura seseorang, wajahnya berubah monyok. Bola mata dijulingkan ke atas.

"Haiihhh.. Taknak sambung nyanyi ke, Caya?" Suara itu kedengaran lagi.

"Asal kau sebok?"

"Suara awak sedap lah Caya. Merdu bak buluh perindu gitu. Terhibur saya pagi-pagi ni dengar awak nyanyi lagu dangdut."

"Buluh perindu ke, buluh bambu ke, buluh betung ke, ada aku kesah?? Dah,pegi main jejauh. Jangan kacau aku!"

"Kalau awak tak kesah, saya kesah sangat Caya!" Matanya bercahaya sekali melontarkan ayat itu. Caya mencebik.

"Eeh pakcik. Kau ni kalau sehari tak ganggu aku boleh dak?"

"Whatt?? Saya ganggu awak? Merepek. Saya tegur baik-baik pun salah ke? Ni satu lagi,asal awak panggil saya pakcik eh? Dah 3 bulan kita berjiran tak pernah pun awak nak berbaik dengan saya. Saya ada nama tau. Awak dok panggil pakcik-pakcik je."

"Dah kau tu layak digelar pakcik, so aku panggil pakcik lah. Takde maknanya aku nak berbaik dengan makhluk bernama LELAKI. Faham dak?"

"Panggil nama aku sekali, tak boleh ke?" Terhenti gerakan tangan Caya.

"Eehh pakcik! Nama kau siapa ye?" Dushhh!! Spontan dahinya ditepuk. Minah ni biar betul?? Nama jejaka yang terlajak laris lagi kan terhangat di pasaran seperti aku ni langsung dia tak tahu? Berjiran dah 3 bulan kot.

"Err Adib. Nama saya Adib Firash."

"Ohh Adib Firash.. Nama kemain lawa tapi rupa macam tongkang pecah. Dah tu perangai tak semenggah langsung. Dengan muka sememeh macam ni kacau orang pagi-pagi lagi tu. Ok lah, aku chow dulu. Nak sambung nyanyi lagi. Daa.. Pacarku si duren sawit, duda keren sarang duit.."

"Cayaaaa... Saya tak habis lagi lah. Hish!"

Geram sungguh hati Adib. Baru nak berbual seketika dengan Caya namun gadis itu sudah menghilangkan diri. Hujung minggu macam ni ingatkan nak berbaik dengan jirannya sorang tu. Tapi minah tu dingin sangat. Macam aissss.. Dah tu rupa aku yang macho plus hensem ni dikatakan seperti tongkang pecah? Huh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience