Bab 6

Romance Series 6107

"Caya, nak ke mana tergesa-gesa ni?" Tanya umi risau. Gelagat Caya yang nampak tergesa-gesa itu sedikit sebanyak merisaukan hati tuanya.

"Eh umi.. Caya nak balik kampung. Baru tadi mak call Caya bagitahu opah sakit."

"Laa ni Caya ok ke nak drive balik kampung? Risau umi tengok Caya ni." Caya menggaru kepala yang tidak gatal.

"Err.. Caya ok kot."

"Eh boleh pulak macam tu.. Dah, Caya tunggu kejap. Nanti umi temankan Caya balik kampung."

"Tak apalah umi.. Caya taknak menyusahkan. Caya boleh kot balik kampung sendiri. Sebelum ni boleh aje."

"Risau sangat umi tengok Caya ni.. Dengan keadaan macam ni bahaya kalau Caya drive sendiri."

"Err nanti Caya bawak slow je lah umi. Tak pun, sesusah sangat, biar Caya naik bas je." Umi membulatkan mata.

"Naik bas?? Dah kamu tak payah nak banyak songeh. Umi nak temankan jugak. Lagipun bukan umi ataupun Caya yang drive. Kita berdua duduk goyang kaki je." Berkerut dahi Caya.

"Kita naik bas ke umi?" Tanyanya polos. Umi tergelak.

"Bukanlah sayang. Kita naik kereta. Adib akan drive. Kan Adib, kan?" Adib yang baru saja melangkah ke halaman rumah terkejut. Tetiba je namanya naik.

"Apa yg 'kan' nya umi? Adib tak faham." Umi menjegilkan mata. Memberi isyarat agar Adib mengiyakan kata-katanya. Adib menggaru kepala.

"Umi.." Dan kali ini umi menaikkan keningnya tinggi. Adib tersengih. Puan Murni dah hangin tuh!

"Err ya.. Ya. Betul tu apa umi cakap." Akhirnya Adib mengiyakan saja kata-kata umi tanpa mengetahui pokok pangkal perbualan kedua wanita itu. Umi tersenyum lebar. Plan A success! Now, plan B hehehehe.

"Ok, sekarang Caya siap apa yang patut ye. Umi nak berkemas kejap." Caya hanya mengangguk lemah. Manakala Adib hanya terkebil-kebil melihat raut wajah umi yang tersenyum lebar selepas mendengar persetujuannya tadi. Dia masih keliru dengan situasi yang berlaku saat ini. Berkemas? Nak ke mana??

"Hah, Adib! Kamu nak tercegat kat situ sampai bila? Pergilah berkemas cepat." Adib semakin keliru.

"Nak berkemas apa umi?" Spontan umi menepuk dahi.

"Adib kemas baju untuk pakai 2,3 hari ya.. Kita pergi hantar Caya kat kampungnya. Opah dia sakit." Opah Caya sakit?

"Kalau opah Caya sakit, apa kena mengena dengan Adib pulak umi?" Paapp!! Selamba bahu Adib ditampar.

"Caya tu siapa, Adib? Bukankah Caya tu girlfriend Adib? Kata nak bertunang tapi opah Caya sakit Adib tak ambik peduli pulak."

"Err.." Belakang leher diusap. Adib semakin serba salah. Semakin lama semakin pening dia jadinya. Penipuannya tempoh hari akhirnya menjerat dirinya sendiri. Nampaknya aku tak boleh berterusan biarkan umi salah faham. Keluhan berat dilepaskan.

"Umi, sebenarnya Caya dan Adib takde apa-apa." Tercengang umi mendengarnya.

"Apa maksud kamu, Adib?" Adib menarik nafas panjang.

"Adib dan Caya takde apa-apa hubungan pun umi. Kitorang cuma jiran. Just JIRAN. Umi sendiri pun nampak kan macamana layanan Caya pada Adib. Takkan itu pun umi tak faham." Terang Adib. Apa pun yang berlaku, kebenaran harus dibongkarkan.

"Jadi yang Senah dok kalut bagitahu umi dalam telefon yang Adib nak bertunang tu apa?" Turun naik dada umi menahan amarah yang kian meletup.

"Umi... Umi tahu kan Kak Senah dengan Zizie tu selalu dok bertunggu tangga depan rumah Adib. Adib rimaslah umi. Diorang siap buat drama swasta depan rumah Adib. Malu Adib, umi. Sebenarnya Adib takde niat nak kaitkan Caya. Adib cuma cakap Adib dah ada orang lain. Tak sangka pulak diorang nak tahu sangat siapa pompuan tu. Dan secara tak sengaja Adib ternampak Caya. Tu yang nama dia naik. Hehehe."

"Bertuah punya budak. Kalau Caya tahu macamana? Malu umi tahu tak?" Adib tersengih.

"Maaflah umi. So, kita tak payahlah teman Caya balik kampung kan? Lagipun, Adib tak ambik cuti lagi ni." Spontan telinganya dipiat kuat. Mengaduh panjang Adib dibuatnya.

"Kamu jangan nak buat hal ek. Tadi dah janji dengan Caya nak mengelak pulak? Lagi satu, nak ambik cuti bagai buat apa? Adib kan bos. Masuk tak masuk takde yang marah kan?" Tempelak umi dengan jelingan tajam. Dahinya ditepuk kuat. Adussss!!! Mati aku kali ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience