Bab 16

Romance Series 6107

Setelah hampir sejam Caya bertungkus lumus mengemas ruangan bilik kerja Adib, sebuah senyuman tersungging di bibirnya. Hampir siap! Tiba-tiba sekeping kertas terjatuh daripada fail yang berada di tangan Caya. Automatik tangannya mengutip kertas itu.

"Duren Sawit??"

Membulat mata Caya. Apa ni? Takkan lirik lagu dangdut kesukaan aku tu. Tajuk sama. Tapi isi kandungannya lain pulak. Langsung tak sama. Bila masa Ucie Sucita tukar lirik lagu Duren Sawit ni? Sekali lagi dia membaca isi kandungan kertas itu. Rupa-rupanya ada tulisan kecil di atas 'Duren Sawit' itu. Kerana Aku Duren Sawit?? Errkk.. Bukan sepatutnya Pacar Duren Sawit ke? Hmm

kerana aku
Duren Sawit..

Nur Aafiya Zulaika,
Secantik rupa dan bahasanya,
Walau tidak secantik Bella,
Walau tidak sesopan Siti Khadijah,
Membuat hatiku terpesona.

Nur Aafiya Zulaika,
Hadirmu tanpa ku duga,
Mengajarku makna ertinya 'cinta',
Memberiku beban menanggung rindu,
Membuatkan diriku sasau tak menentu.

Nur Aafiya Zulaika,
Inginku katakan pada dunia,
Bahawa aku sangat merasa bahagia,
Memilikimu suatu perkara yang sangat berharga,
Takkan ku biarkan hatimu menderita.

Nur Aafiya Zulaika,
Izinkanku meraih sucinya cintamu,
Izinkanku menggapai tulus kasihmu,
Izinkanku menggenggam sekeping hatimu,
Izinkanku menyemai benih cintaku,
Hulurkan tanganmu menuju ke Jannah bersamaku.

Nur Aafiya Zulaika,
Sudikah kau menjadi isteriku dan ibu kepada bakal anak-anak kita di dunia hingga ke Jannah?

Ikhlas mencintaimu,
Your Dear Duren Sawit

---> p/s : abang dah tahu pasal 'duren sawit' tu.. patutlah sayang suka sangat nyanyi lagu tu. by the way, abang suka Fiya nyanyi lagu tu kerana aku duren sawitmu sayang. muuahh, luv u my little wifey.

Caya terpempam. Perlahan-lahan manik jernih jatuh mengalir di pipinya. Puisi Adib buatnya dicium berkali-kali. Tak sangka Adib menulis sebuah puisi yang ditujukan khas buatnya. Telefon bimbit dicapai. Tak sabar nak bagitahu umi!

________________________

"Sayang, abang letihlah. Jomlah rehat kejap."

"Awak ni abtibodi tak fit lah. Baru berapa butik kita singgah dah pancit."

Adib mengetap bibir. Baru? Ayat Caya tu macamlah setakat dua tiga butik je mereka masuk.

"Fiya, tak silap abang dah lebih sepuluh buah butik kot kita masuk. Ayat Fiya tu tak boleh blah sangat. Kaki abang ni rasa macam nak tertanggal je. Kalau ada spare part kaki ni kat memana kedai, dah lama abang ganti tahu tak."

"Apa susah.. Ganti je lah dengan kaki lembu ke, kaki kambing ke.."

Adib mencekak pinggang. Cabul betul mulut isteri aku ni. Dengan perasaan sebal bercampur geram, dia menarik hidung Caya sedikit kuat.

"Awaaakkk... Sakitlah."

"Padan muka."

Caya memaut lengan Adib mesra. Kepalanya dilentokkan ke bahu Adib. Bahagia pulak rasanya. Ahaakksss!

"Awak, letih sangat ke?"

"Half-half."

Spontan Caya memanggung kepala. Tapi tangannya masih setia memaut lengan Adib. Half-half. Apakah bendanya tu? Cikgu english mana ajar suami aku ni?

Adib melepaskan tawa. Comel sungguh Caya dengan riak wajah blur. Dengan mata yang terkebil-kebil lagi.

"Kenapa sayang? Nak sambung shopping lagi ke? Seingat abang dah lebih sepuluh butik kita singgah. Fiya tak beli satu apa pun." Caya tayang sengih.

"Dah namanya window shopping."

"Takde yang berkenan ke? Abang ok je nak belanja Fiya ni."

"Tak apa.. Kalau awak nak belanja orang, baik awak belanja perut orang ni. Dah serupa konsert dah ni."

"Konsert apa sayang?"

"Ntah. Lagu dangdut kot!"

"Hah, abang tahu! Mesti lagu duren sawit kan? Dududu duren sawit.."

Serentak mereka meletuskan tawa. Mereka berbalas pandang. Ada sinar bahagia di situ.

"Abang.."

Adib terpaku. Telinganya dikorek sedikit. Caya yang memandang hanya tersenyum.

"Ya, Fiya panggil abang tadi. Tak dengar ke?"

"Abang dengar. Cuma kurang pasti. Hehehe.."

Caya senyum lagi. Kali ini senyumannya lebih manis. Seketika kemudian tangannya dihulur. Terkebil-kebil mata Adib memandang. Tidak mengerti.

"Sudi tak abang ke Jannah bersama-sama Fiya?"

What?? Caya lamar aku kat tengah-tengah shopping mall ni? Biar cempedak.

"Tak apalah kalau abang tak sudi.."

Caya mula melangkah pergi. Dia merasa sedikit geram dan malu. Geram kerana Adib langsung tak memberi respon. Malu kerana pertanyaannya sebentar tadi nyata sekali meluahkan rasa hatinya.

Adib tersentak. Hatinya sangat gembira. Terasa dirinya di awang-awangan. Baru saja dia ingin menjawab soalan Caya, wanita itu sudah pun melangkah pergi. Segera kakinya melangkah menghampiri Caya.

Sebaik memdekati Caya, tangannya segera diraih. Belakang telapak tangan itu dikucup lembut.

"Sudi tak Fiya menjadi isteri abang dan ibu kepada bakal anak-anak kita di dunia hingga ke Jannah?"

Caya terpana. Manik jernih mula menitis di pipinya. Segera kepalanya di angguk berkali-kali. Siapa tak mahu weyyhh.. Rugi sangat kalau menolak. Ngeee.

Tanpa mereka sedari, sepasang mata mencerlung memandang dari kejauhan. Sepasang mata yang menyimpan seribu satu rasa. Sepasang mata yang dikuasai amarah dan cemburu. Sepasang mata kepunyaan seseorang yang pastinya bakal mengacau bilaukan kebahagiaan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience