Bab 18

Romance Series 6107

"Hello miss. Can I see Mr Firash? I nak request sebuah lukisan."

"Oh hello. Sila tunggu sebentar cik..??"

"Farhah." Ucapnya seraya menghadiahkan senyuman.

"Ok Cik Farhah. Wait a minute."

Dia hanya memandang kelibat wanita itu berlalu. Matanya meliar memerhati sekitar ruangan galeri. Hmm not bad.

"Maaf, Cik Farhah. Cik boleh masuk sekarang. Encik Adib Firash sedang menunggu di dalam pejabat."

"Thanks."

Tombol pintu dipulas perlahan. Terbias diruangan matanya kelibat seorang lelaki yang tengah duduk membelakanginya.

"Morning Mr Adib Firash." Sapanya ceria.

"Morning Miss Far.. Hah! Kau??"

Spontan Adib berdiri tegak. Terkejut beruk Adib dibuatnya. (Beruk pandai terkejut jugak rupanya. Hehehe) Tidak menyangka sama sekali wanita yang disangkakan client sebentar tadi merupakan wanita yang meninggalkan kesan luka yang cukup mendalam padanya. Tidak sangka wanita itu begitu berani memunculkan diri di hadapannya lagi.

"Yeah! Its me. Do you miss me darling?"

"Get out!"

"Amboii.. Garangnya you."

"I said get out, Miss Farhah. Or should I called Miss Nabila Farhah?"

Bella tersenyum menggoda. Punggungnya segera dilabuhkan di sofa berdekatan. Kakinya disilangkan sehingga memperlihatkan pehanya yang putih gebu.

"Gotcha! You masih ingat nama penuh I. Thats mean I'm still in your heart. Am I right, darling?"

"In your dream, Bella. Just shut up your mouth. Now, you can get out from my office. I never want to see your face again. Now and forever!"

Bella tersenyum sinis. Dengan lenggok yang sangat menggoda, Bella mengatur langkah mendekati Adib. Tubuh Adib yang tegak berdiri ditolak perlahan sehingga terduduk. Sepantas kilat Bella melabuhkan punggung diriba Adib. Tangannya dilingkarkan di leher Adib pula.

"I really miss you darling. Dont you miss me?"

Adib mendengus geram. Tubuh Bella ditolak kasar. Seperti nangka busuk tubuh Bella mencium lantai. Nasib ada karpet tebal.

"Dont you dare to hug me anymore Nabila Farhah."

Adib memberi amaran dengan mengetap giginya kuat. Geram sungguh hatinya pabila Bella berani bertindak sedemikian.

"Come on Adib Firash. Be professional okay? I datang nak request sebuah lukisan. Tak sangka pulak galeri ni milik you. And takkan you nak tolak rezeki kan. I bukan saja-saja nak tunjuk muka depan you. Mungkin jodoh kita kot."
Tak sangka? Bukan saja-saja? Hmm tak sangka dan bukan saja-saja konon. Padahal itu cuma salah satu helahnya untuk mendekati Adib semula.

"Jodoh?? Hmm I'm sorry, Bella. Aku rela tolak rezeki daripada berhadapan dan berurusan dengan orang yang aku tak suka. Terutama sekali orang tu adalah kau, BEKAS ISTERI aku! And for your information, aku langsung tak berkeinginan untuk berjumpa waima tengok muka kau sekalipun."

Bella terkejut. Tidak menyangka sama sekali Adib akan berkata sebegitu. Tambah-tambah lagi perkataan 'bekas isteri' itu sengaja ditekankan. Jelas sekali Adib begitu membencinya.

"Lagipun, aku tak heran duit kau tu. Hilang sorang client tak semestinya aku tak akan dapat client for the next time right? And for the last lime, please leave my office. Now, before I call police!"

Bella menghentak kaki. Geram pabila dirinya diperlakukan sedemikian.

"Darling, I tak sangka you berubah sampai macam ni. You kan sangat cintakan I. Mana perginya cinta you? Mana janji-janji manis you kononnya selamanya akan cintakan I?"

"Huh? Cinta? Cinta aku untuk kau dah mati. Bagi aku, Nabila Farhah dah mati dalam kamus hidup aku. Cinta aku dah terkubur sama. No more Nabila Farhah in my life. Dan aku takkan sesekali terima kau kembali. Titik."

"Sampai hati you, Adib."

"Sampai hati? Sepatutnya aku yang cakap benda tu kat kau. Tapi bagus jugak kau buat macam tu. Terserlah sifat kau yang sebenarnya. Dah, aku malas nak cakap lagi. Now, LEAVE!"

"Okay.. Untuk kali ni I akan ikut cakap you. I akan keluar seperti mana yang you nak. But I promise I'll come back. For what?? Dont ask me for what darling because I'm very sure that you know what I want. Okay, bye darling."

Bella berlalu bersama lenggok manjanya. Sengaja dia bertindak terlebih gedik untuk menggoda Adib kembali. Sebelum berlalu, sempat lagi dia menghadiahkan sebuah flying kiss buat Adib.

Hilang saja kelibat Bella, Adib menumbuk kasar meja kerjanya. Siot punya Bella! Rosakkan mood aku aje. Huh! Rambutnya diramas kasar. Kau nak apa lagi, Bella? Tak cukup lagi ke kau sakitkan hati aku??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience