Bab 5

Romance Series 6107

Dari jauh sayup-sayup terdengar suara orang sedang bergelak ketawa. Hati Adib dipagut rasa ingin tahu. Kaki segera dihalakan ke arah datangnya suara itu.

Kakinya seakan terpasak ke bumi saat melihat Caya dengan sisi yang tak pernah dilihatnya sedang bergurau senda bersama uminya. Entah apa yang lucu sehingga begitu sakan sekali mereka ketawa. Kamcing nampak!

"Ehem!" Serentak dua manusia itu memalingkan muka menghadapnya. Umi dengan wajah selambanya manakala Caya dengan wajah cemberutnya.

"Hah, kamu dah kenapa Adib? Sakit tekak ke?"

"Takde lah umi.. Adib nak join boleh?" Caya menjulingkan mata ke atas. Umi yang melihat reaksi Caya mengerutkan kening. Bukankah mereka pasangan kekasih? Kenapa Caya nampak seperti tidak menyenangi kehadiran Adib?

"Umi, Caya masuk dulu ye. Nanti kita buat mesyuarat pintu belakang lagi eh. Cicak kobeng mana ntah tetiba datang buat spoiled mood saja." Spontan umi menghamburkan gelak.

"Caya ni ada-ada aje.. Mesyuarat pintu belakang bagai. Hmm yelah.. Lepas maghrib karang umi datang. Kita masak sama-sama." Bercahaya mata Caya mendengarkan kata-kata umi.

"Umi nak masak sama-sama dengan Caya? Wow! Bestnya!" Tercengang Adib melihat tahap keterujaan Caya. Siap lompat-lompat dan tepuk tangan lagak kanak-kanak tak cukup zat. Panggil umi aku umi lagi tu. Bella dulu pun dah kahwin baru dapat panggil umi. Tiba-tiba terasa getaran di dadanya. Spontan tangan menyentuh dada kiri. Apa kena dengan aku ni?

"Ok lah umi. Nanti kita masak yang best-best eh. Caya masuk dulu." Umi hanya tersenyum memandang kelibat Caya yang semakin menghilang di balik pintu belakang rumahnya.

"Yang kamu dok tercengang tu dah kenapa? Kena sampuk dek jembalang ke?" Tersentak Adib disergah uminya.

"Umi.. Sejak dua menjak ni umi layan Adib dah macam anak tiri lah pulak. Tak patut lah umi." Ujarnya sedikit berjauh hati.

"Dah jangan nak merepek. Kang umi lesing kang."

"Umi.." Adib sedikit merengek.

"Adib, tak payah nak buat perangai kanak-kanak tak cukup zat kat sini. Adib tu dah 35 tahun tahu tak? Dah tua bangka tapi perangai tak semenggah langsung." Erkk umi ni biar betik?

Adib ditinggalkan sendirian dengan mata yang terkebil-kebil. Sejak hari umi menjatuhkan hukuman mandatori berkuatkuasa serta merta, layanan umi padanya jauh berbeza sekali. Umi lebih suka berbicara sinis dengannya. Tipulah jika hatinya tidak terusik dengan tingkah umi. Namun sebagai anak, dia sedaya upaya menjaga hati dan perasaan umi. Mungkin kisah lalunya membuatkan umi lebih berhati-hati dalam memilih calon menantu sekaligus isteri buat Adib.

Adib mengeluh. Mengingat dan mengenangkan kembali sikap Bella, bekas isterinya membuatkan hatinya tawar untuk mencari pasangan lagi. Masih terbayang-bayang di ruangan matanya akan kecurangan Bella terhadapnya dulu. Cinta dan kepercayaannya terhadap wanita itu dipersiakan. Salahnya juga kerana mengambil keputusan menikahi Bella terburu-buru.

Kini kepalanya kembali serabut memikirkan perihal umi dan Caya. Caya, jiran yang langsung taknak beramah mesra dengannya. Bukannya dia ada niat lain. Cuma ingin merapatkan silaturrahim sesama jiran saja. Pengalaman lalu memberi seribu satu pengajaran buatnya. Niatnya yang ingin mengelak daripada Kak Senah dan Zizie menjerut dirinya sendiri. Tak pasal-pasal umi nekad ingin menilai keperibadian Caya sebagai calon isteri buatnya. Huh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience