Bab 17

Romance Series 6107

Pintu dihempas kasar. Berdentum bunyinya. Hampir-hampir saja engselnya tercabut. Sengaja dia menghempas pintu itu. Kononnya ingin melepaskan amarah yang menguasai hatinya. Namun ianya sia-sia. Bayang sepasang suami isteri yang dilihatnya minggu lalu semasa sedang shopping masih terlayar di ruangan mata. Kemesraan yang terpampang di hadapan matanya sedikit sebanyak menambahkan lagi amarah di hatinya.

"Weyyhh, Bella! Asal kau hempas pintu tu? Kau ingat rumah ni bapak kau punya ke? Kang pintu tu tercabut, aku nak jawab apa dengan bapak aku?"

"Lya, kau senyap boleh tak? Aku bengang ni."

"Kau fikir bengang kau je? Bengang aku ni kau tak fikir sama?"

Bella menjeling tajam. Tak sporting betul minah ni. Malas ingin melayan karenah Lyana, dia segera mengangkat punggung.

"Weeyyhh! Aku tak habis cakap lagi."

Lengan Bella ditarik sebelum sempat dia melarikan diri. Langkah Bella yang dihalang serta merta mati. Tajam matanya menikam seraut wajah Lyana, teman baiknya.

"Kau tak payah nak halang aku boleh tak, Lya? Please lah bebeh. Aku serius tengah bengang ni. Kang tak pepasal aku lesing kau pulak nanti."

"Yang kau hangin satu badan ni kenapa, Bella? Cool lah. Cite kat aku."

Bella menarik nafas panjang. Nak cerita ke tak? Hmm cerita je lah.

"Actually, aku jumpa Adib."

"Really?? Bila? Dia tegur kau ke?"

"Last week. Tak mungkinlah dia nak tegur aku. Aku tengok dia tengah happy je."

"Happy? Dengan siapa?"

Bella menarik nafas berat. Seakan sukar untuk meneruskan kata. Lyana yang memandang membulatkan mata.

"Jangan cakap..."

Ayatnya sengaja dibiarkan tergantung. Mustahil kot Bella tak faham. Bella yang memahami maksud Lyana hanya mengangguk.

"Seriously bebeh?? So, kau nak buat apa sekarang?"

"Aku nak Adib." Tegas.

"Hisshh kau ni. Biarlah Adib dengan life dia. Sepatutnya kau kena move on bebeh! Yang sudah tu, sudahlah. Jodoh korang sampai kat situ je. Lagipun, kau tak kesian ke dekat Adam? Siang malam cari mummy dia tapi kau langsung tak beri perhatian. Anak tu amanah, tahu tak?"

Bella hanya membisu mendengar leteran Lyana. Satu apa pun langsung tidak meninggalkan kesan di hatinya. Dia tidak peduli apa yang dikatakan Lyana sebentar tadi. Move on?? Hmm this is Bella. Jika Bella berkehendakkan sesuatu, sukar bagaimanapun pasti diusahakan bersungguh-sungguh. Tika ini tekadnya cuma satu. Adib Firash! Ya, Adib Firash will be my mine. Always my mine! Fullstop.

__________________________

Buat kesekian kalinya, jam di tangan dipandang lagi. Agaknya dah lebih sepuluh kali dia memandang jam tangannya. Tak sabar nak balik tengah hari nanti.

Masuk saja waktu rehat tengah hari, segera kakinya meninggalkan galeri miliknya. Bimbang Caya menunggu lama akan kepulangannya tengah hari itu.

Pintu dibuka perlahan. Bau masakan semerbak menusuk ke rongga hidungnya. Wangi. Untung dapat isteri macam Caya. Tak rugi. Pandai umi cari. Hehehe

Belakang tubuh Caya yang sedang khusyuk memasak dipandang. Sebuah senyuman tersungging dibibirnya. Segera tubuh itu ditarik ke dalam dakapannya. Mata dipejam rapat. Haruman rambut Caya dihidu sedalam-dalamnya. Tiba-tiba matanya terbuka. Aik, asal rambut Caya bau dia lain macam. Macam...

"Opocot mak kau mati terpelanting! Kusss semangat. Adib!"

Tidak semena-mena sepit ketam hinggap diperutnya. Serta merta pelukannya terlepas. Perutnya diusap perlahan. Sakit doh kena sepit ketam!

"Bertuah punya anak! Yang kamu tetiba peluk umi tu kenapa? Tak reti nak bagi salam? Dah kemaruklah tu. Macamlah umi tak tahu. Adib ingat tadi Caya yang tengah masak kan?"

Adib mengusap belakang leher. Kantoilah pulak. Ingatkan Caya tadi. Sekalinya umi pulak. Apa derr.. Segera tangan umi dicapai.

"Maaflah umi. Adib tak sengaja. Hehe. Bila umi sampai? Caya mana, umi?"

"Pagi tadi. Caya ada kat bilik tu. Pening katanya. Tu yang umi suruh rehat."

Pening? Asal Caya tak bagitahu aku? Serta merta dirinya diburu kerisauan.

"Caya tak sihat ke umi? Pagi tadi ok je. Teruk tak?"

"Umi dah bawa pergi klinik dah. Doktor kata kena buatan orang."

Membulat mata Adib. Buatan orang? Siapalah yang dengki sangat sampai nak sihir Caya ni? Kena cepat-cepat bawa jumpa ustaz ni.

"Umi, kita kena bawa Caya cepat-cepat pergi berubat. Nanti Adib cari ustaz minta tolong ubatkan Caya. Kalau melarat lagi susah. Kesian isteri Adib."

"Nak cari ustaz apa ke bendanya Adib! Isteri kamu tu sakit sebab Adib, tahu tak!"

"Orang sakit hati dengan Adib jadi diorang sihirkan Caya ke, umi? Sampai hati orang tu. Takde pegangan agama langsung. Tergamak nak kenakan isteri Adib yang tak berdosa. Aduhhh!! Apa ni umi?"

"Padan dengan muka kamu! Ikutkan umi ni nak aje umi ganyang-ganyang mulut kamu. Tu baru sepit ketam umi."

"Umi!"

"Apa ke bengapnya kamu ni, Adib! Caya tu sakit kena buatan orang. Orangnya tu kamulah, Adib Firash!"

Melihatkan wajah Adib yang masih kebingungan menambahkan geram dihati umi. Dengan sekuat tenaganya kepala Adib diluku. Mengaduh panjang Adib dibuatnya.

"Kamu ni memang bengap agaknya, Adib. Caya dah berisi."

"Berisi? Tadi umi cakap kena buatan orang. Apa kena mengena Caya berisi dengan buatan orang ni? Adib tak fahamlah umi! Waittt!! Caya berisi. Buatan orang. Orang tu pulak adalah Adib. Eehh tadi umi cakap Caya berisi kan? Alaa berisi je pun. Ok apa badan Caya berisi. Sedap sikit kena peluk. Apa kena mengena dengan Adib ni, umi?"

"Eee anak aku sorang ni. Memang sahlah kamu ni bengap, Adib. Umi dah bagitahu pun tak faham-faham lagi. Dengar sini bebaik. Caya dah berisi. Maksudnya Caya mengandung anak Adib. Dalam perut Caya tu sekarang dah membesar bakal zuriat korang. Ada faham?"

Adib terdiam. Tersentak. Terkaku. Terpaku. Terpana. Terlopong. Semua pakej terrr Adib hambik sekaligus. Amboii, tamak bebenor.

"Hah! Kenapa kamu tetiba jadi tugu negara ni? Tak faham lagi ke?"

"Adib tak salah dengar kan, umi?"

Umi angguk kepala.

"Yaaaahhoooooo!!!"

Adib melompat keriangan. Dah serupa kanak-kanak ribena lagaknya. Gembira hatinya mendengar berita tersebut. Umi yang memandang hanya mampu menggelengkan kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience