Bab 2

Romance Series 6113

"Adib.. Assalamualaikum, Adib!" Ehh siapa pulak panggil aku awal pagi ni? Kaki segera dihalakan menuju ke pintu hadapan.

"Oh Kak Senah.. Waalaikumussalam. Ada apa ye, Kak Senah?" Kak Senah, jiran selang empat buah rumah dari rumah sewanya. Seorang wanita berstatus janda dan mempunyai dua orang anak.

"Hish! Apa Kak Senah, Kak Senah ni? Panggil Nah sudah lah. Ni, Nah ada masak nasi lemak sambal sotong tadi. Adib ambik lah. Mesti Adib tak sarapan lagi kan?" Adib telan liur.

"Errr..." Macam mana ni? Aku tak makan sotong.

"Abang Adib, assalamualaikum. Ehh Kak Senah pun ada." Adib menggaru dahi. Habis lah aku kali ni.

"Waalaikumussalam, Zizie. Dari mana?" Tanyanya sekadar berbasa-basi. Ni lagi sorang. Zizie, jiran depan rumah. Baru habis SPM. Tanam anggur lah katakan.

"Zizie dari rumah, bang. Zizie datang nak bagi abang pulut panggang ni. Zizie masak sendiri. Abang mesti makan tau. Rugi kalau tak makan. Kak Senah, maaflah Zizie tak tahu pulak Kak Senah ada kat sini. Kalau tak, Zizie bawa lebih untuk Kak Senah." Erkk.. Pulut panggang? Belakang leher diusap.
Adib memerhati kedua wanita di hadapannya. Jelas terpancar riak tidak puas hati antara mereka. Agak-agaknya apa jadi lepas ni? Diorang akan bergaduh ke seperti hari-hari yang sebelumnya? Kalau lihat pada wajah mereka,keduanya nampak begitu tegang sekali. Nampak gayanya akan tercetus lagi perang mulut antara keduanya.

"Ehh Zizie. Yang kau nak menyibuk jugak datang ke sini buat apa? Kau dah tahu kan, Adib tu aku punya!"

"Ehh Kak Senah ni tak sedar diri ke? Akak tu janda. Siapa entah nak kat akak tu. Kalau Zizie ni lainlah. Masih bergetah."

"Amboi amboi amboi.. Sesedap maggi cukup rasa kau eh, Zizie? Siapa entah nak kat anak dara mulut celupar macam kau ni. Result SPM pun tak keluar lagi, ada hati nak goda jejaka idaman Malaya depan mata aku ni."

"Eehh Kak Senah cakap baik sikit eh.. Kang ada yang makan penampar sulung. Zizie tak peduli akak lebih tua dari Zizie. Akak jangan nak cabar Zizie."

"Eleh takat tapak tangan kau tu, bulu roma kat pipi aku ni pun kau tak boleh sentuh tahu tak! Sekali aku tibai, sah dengan gigi-gigi kau sekali bersepai."

"Akakkk..."

"Dah.. Dah.. Kak Senah dan Zizie kalau nak bergaduh, cari port lain eh. Saya taknak jadi penonton drama swasta awak berdua. Nasi lemak dan pulut panggang tu awak berdua sedekahkan lah pada jiran yang lain ye. Saya alah pada sotong. Dan maaflah sebab saya tak makan pulut panggang." Belum sempat Kak Senah dan Zizie melanjutkan perang mulut yang lebih dahsyat, Adib segera memotong.

"Adib, maaflah Nah ter 'over' lah pulak."

"Abang Adib, Zizie tak buat lagi dah."

Keduanya menjawab serentak. Adib hanya menggelengkan kepala. Kusut fikirannya memikirkan kedua wanita di hadapannya tika ini. Wanita-wanita yang tidak kurang cantiknya yang begitu tergila-gilakannya. Namun, hatinya sedikit pun tidak tercuit melihat kecantikan mereka. Nampaknya dia harus melakukan sesuatu bagi mengelakkan diri dari terus dikejar kedua wanita itu.

"Macam ni lah Kak Senah, Zizie. Untung awak berdua ada kat sini jadi saya nak cakap sikit. Saya harap selepas ni awak berdua tak payah lah nak bertunggu tangga depan rumah saya lagi. Walau apapun yang awak berdua lakukan, saya tetap takkan memilih salah seorang dari awak berdua. Saya harap awak berdua faham."

"Tapi kenapa Adib? Nah tua sangat ke untuk Adib?"

"A'ah abang.. Zizie tak cukup cantik ke?"

"Rupa paras dan usia bukan alasannya. Saya sebenarnya dah mempunyai pilihan sendiri. Saya sangat sayang dan cintakannya. Kalau takde halangan, tak lama lagi kitorang akan bertunang." Bertunanglah sangat, Adib! Kekasih pun takde, nak bertunang apanya?

"Siapa pompuan tu, Adib?" Adib menelan liur. Nama siapa aku nak cilok ni?

"Siapa dia tak penting. Ada jodoh nanti saya kenalkan."

"Abang jangan nak tipu eh.. Baik abang bagitahu cepat siapa pompuan tu? Zizie tak percaya abang ada kekasih." Adib mengurut pelipis. Nak sebut nama siapa? Azie, Mira, Irma ataupun Kiah? Tapi sorang pun aku tak kenal. Buatnya diorang nak jumpa macamana? Tidak lama kemudian sebuah senyuman tersungging di bibirnya.

"Caya!" Caya yang sedang menyiram bunga terkejut. Apahal lagi pakcik sorang ni?

"Hah! Ada apa?" Soalnya kasar.

"Err Kak Senah, Zizie. Ni lah orangnya, Caya."

"Erkk yalah Adib.Cantik orangnya. Tahniah ye, Caya. Ok lah, kami minta diri dulu. Jom, Zizie." Segera Kak Senah menarik tangan Zizie menjauhi mereka. Kecut kot. Siapa tak kecut weyyhh!! Harimau malaya tu..

Terkebil-kebil mata Caya melihat langkah Kak Senah dan Zizie yang semakin menjauh. Tahniah? Untuk apa? Huh, malas nak fikir. Lantak korang lah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience