Bab 11

Romance Series 6107

Sunyi dirasakannya tanpa Caya menemani hari-harinya. Pusing kiri nampak Caya. Pusing kanan pun nampak Caya. Kenapa dengan aku ni?

Adib menghalakan kaki menuju ke ruang tamu. Suis televisyen dihidupkan dan punat 'power' pada remote control ditekan. Pelbagai siaran ditukar namun satupun tidak menarik perhatiannya. Fikirannya jauh melayang.

Tidak lama kemudian telinganya seakan-akan terdengar suara Caya menyanyi riang di ruangan dapur. Segera kakinya melangkah menghampiri.

Sesampainya dia di ruangan dapur, kelibat Caya langsung tidak kelihatan. Bahkan suara Caya juga tidak kedengaran. Kakinya dihalakan ke belakang rumah. Kot-kot Caya tengah menyidai kain baju. Tiada. Halaman rumah pula dijengah. Juga tiada. Segenap isi rumah dijengah namun usahanya sia-sia.

Caya dah lari dari rumah ke?? Spontan dahinya ditepuk. Caya kan balik kampung jenguk opah.. Haih, baru semalam Caya pergi, aku dah macam orang sasau je kat rumah ni.

"Fiya, abang rindu Fiya. Baliklah cepat."

Segenap isi ruang kamarnya diteliti. Cantik. Pandai Caya susun atur. Meskipun mereka bukanlah suami isteri dalam erti kata sebenar, tapi Adib sudah menegaskan dari awal lagi agar mereka duduk sebilik. Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah buku berwarna merah hati. Hatinya dipagut rasa ingin tahu. Buku apa tu?

"My Dear Duren Sawit?? Eehh.. Ada gambar aku 5 tahun lepas. Apa ni?"

Adib menggaru kepala yang tidak gatal. Semestinya buku ni kepunyaan Caya. Tapi macam mana dia boleh ada gambar aku 5 tahun lepas pulak ni? Air liur ditelan. Dengan tangan yang sedikit gementar, perlahan-lahan dia membuka buku itu.
Helaian demi helaian dibaca penuh minat.

24 Julai 2015
~Tak sangka orang memegang status 'tunang' seawal ini. Hahaha. Tapi tak apalah. Opah cakap, tunang orang hensem, baik. Umi dia pun baik. Tapi sayanglah sebab umi dia tak dapat datang sama. Baru plan nak kenal-kenal dengan bakal mak mertua. Gatal kau, Caya. Ngeee. Tak kenal dia pun tak apa. Opah kan kenal. Hehehe~

Hah?? Tunang? Siapa tunang Caya? Hati Adib sedikit terasa cemburu. Helaian seterusnya dibuka dan dibaca lagi.

31 Julai 2015
~Uwwwaaaa.. Baru seminggu bertunang dah jadi macam ni. Aku benci kau Adib Firash! Tunang dengan orang tapi nikah dengan pompuan lain.~

Erkkk.. Bila masa aku kenal Caya 5 tahun lepas ni? Seingat aku, masa tu aku tengah sakan bercinta dengan Bella. 3 bulan kemudian kitorang nikah. Alih-alih Bella curang belakang aku. Huh!

Hah! Baru aku ingat.. Patutlah hari tu beria-ia sangat umi merajuk. Rupanya sebab tak jadi bermenantukan Caya. Umi, umi.

7 Mac 2020
~Hye Miss Diary.. Lama orang tak menulis kat sini. Miss Diary, kau tahu tak orang jumpa siapa tadi? Adib Firash you know. Orang rasa nak lompat-lompat. Kitorang jiran tahu tak. Tapi oleh kerana dia dah sakitkan hati orang dulu, orang saja je buat-buat benci dengan dia. Ngeee~

26 Mac 2020
~Hari ni Adib tegur orang lagi. Tak habis-habis kononnya nak berbaik dengan orang je modal dia. Orang pun apa lagi, jual mahal kot. Buat-buat tak tahu nama dia bagai. Hehehe. Lagipun, malu siot. Adib dengar orang nyanyi lagu dangdut. Nasib tak bergelek sama. Nak buat macam mana, orang suka sangat lagu tu. Padan dengan dia. Du du du duren sawit.. Duda keren sarang duit. Hahahaha~

1 Julai 2020
~Miss Diary, teka hari ni orang jumpa siapa? Umi Adib! Yeeehhh.. Akhirnya orang kenal jugak dengan umi Adib. Tapi, umi Adib tak cam orang. Mungkin sebab orang dah semakin cantik kot. Hahahaha. Perahsantan kau, Caya! Kan ke dulu kau tak bertudung. Masih jahil lagi. Ngee~

12 Ogos 2020
~Ibu call bagitahu opah sakit. Uwwwaaa... Opah janganlah sakit, opah. Orang taknak opah sakit. Sebab orang gugup, umi Adib offer nak teman balik kampung. Full package dengan Adib sekali sebagai driver. Orang tak fikir panjang, cuma setuju je. Dalam fikiran orang cuma opah je. Tak sangka pulak kat kampung, opaahh..~

Adib termanggu-manggu. Patutlah Caya mempunyai gambarnya 5 tahun lepas. Dan tak sangka selama ni Caya sebenarnya mengenalinya. Adakah Caya cintakan aku? Pertanyaan itu berlegar-legar difikirannya.

14 Ogos 2020
~Hari ni majlis pernikahan orang. Dengan siapa?? Of course lah dengan My Dear Duren Sawit. Hehehe. Perasaan?? Orang gembira sangat. Lelaki yang selama ini bertakhta dalam hati orang akhirnya menjadi suami orang. Tak sangka pulak. Adib Firash, wo ai ne..~

"Yaaahhooooo!!! Fiya juga cintakan aku!!"

Melompat-lompat Adib dibuatnya. Gembira sangat bila tahu Caya cintakannya. Helaian seterusnya dibuka lagi.

20 September 2020
~Umi dah bising-bising suruh orang pindah. Katanya buat apa nikah kalau nak duduk asing. Lagipun orang dah tanam anggur. Kata umi, My Dear Duren Sawit tak tahu orang yang buat semua kerja kat rumah Mr Husband. Siap puji masakan umi semakin sedap. Padahal sejak nikah, orang tak pernah biarkan umi masuk dapur. Ahh biarlah! Orang tak kisah My Dear Duren Sawit tahu ke tak. Yang penting perutnya kenyang. Ngee. Hukuman mandatori umi siapa boleh halang? Akhirnya orang pindah hari tu jugak. Sampai ke telinga lebarnya senyuman umi. Umi, umi..~

Berkerut dahi Adib dibuatnya. Maknanya selama ni umi duduk goyang kaki je. Langsung tak buat kerja rumah. Patutlah aku tengok umi bahagia sangat. Pandai umi simpan rahsia ehh.. Dan Caya emm..

Buku diary milik Caya diletakkan kembali di tempat asalnya. Gambar perkahwinan yang sengaja diletakkan Caya di atas meja di sudut biliknya dipandang lama. Tidak semena-mena terasa darah panas menyerbu ke muka. Jantungnya berdegup lebih laju dari kebiasaannya. Aahh sudahh!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience