Bab 13

Romance Series 6107

Belakang tubuh Caya yang duduk membelakanginya dipandang. Caya yang tengah menyapu krim di wajahnya kelihatan begitu khusyuk dengan dunianya hingga langsung tidak menyedari akan Adib yang tidak lepas dari memerhatikannya. Setiap perilaku Caya dipandang penuh minat. Tanpa sedar kakinya melangkah ke arah Caya.

Caya pegun di hadapan cermin saat tangan Adib singgah dibahunya. Sentuhan itu begitu lembut. Terasa hangat telapak tangan itu menyentuh bahunya. Hampir saja dia menjerit tadi. Langsung tidak disangkanya Adib bertindak sedemikian.

Fikirannya jauh melayang akan penyebab Adib bertindak sebegitu. Adakah Adib sudah bisa menerimanya sebagai isteri? Atau adakah kerana berasa kasihan terhadapnya? Ataupun kerana takut dileteri umi? Bermacam persoalan muncul dibenaknya.

"Sayang fikir apa tu?"

Caya menelan liur. Bila masanya Adib duduk d sebelahnya? Tahulah bangku yang diduduknya tu besar. Tapi taklah besar sangat. Muat-muat untuk mereka berdua saja.

Menyedari kedudukan mereka yang agak rapat, Caya mengesotkan sedikit badannya ke kiri. Adib yang menyedarinya bertindak merapatkan semula kedudukan mereka. Kali ini dagunya diletakkan di bahu kanan Caya, dan tangan kirinya memeluk erat pinggang Caya.

"Awak ni dah kenapa?" Soal Caya tidak puas hati.

"Kenapa, apanya?" Soal Adib kembali. Sengaja dia berpura-pura tidak tahu.

"Yang awak nak melekat ni dah kenapa? Tepilah. Orang nak pakai losyen lagi ni."

"Alaa.. Sayang pakai je lah losyen tu. Biar je lah abang peluk Caya macam ni. Rindu tahu tak. Sehari tak jumpa rasa bagaikan setahun."

Amboiii... Melampau sangat perumpamaan tu, Adib!

Caya menjulingkan mata ke atas. Buat-buat tak suka. Marah. Padahal dalam hati rasa macam nak lompat bintang je. My Dear Duren Sawit weeyyyhhh!! Siapa tak suka. Ewww gatal kau, Caya!

"Ni sengih-sengih sorang dah kenapa?"

"None of your business, pakcik! Dah tepi. Orang nak tidur. Penat sangat ni."

Adib melepaskan keluhan. Baru ingat nak bermanja dengan isteri. Sehari ditinggalkan Caya dirasanya bagaikan setahun lamanya. Rindu sangat matanya ingin menatap wajah Caya. Entah apa yang merasuk mindanya hingga dia berani bertindak sedrastik itu.

Adib hanya memerhati langkah Caya menuju katil. Setiap lenggok Caya diperhatinya penuh minat. Dah kenapa dengan kau ni, Adib?

Lampu bilik dipadamkan. Serta merta seluruh bilik itu menjadi malap. Hanya cahaya lampu tidur di sisi katil saja menerangi ruangan bilik itu. Seketika kemudian, kakinya menuruti langkah Caya. Matanya tidak lepas dari memandang wanita itu.

Caya yang pada ketika itu sudah bersiap sedia untuk tidur merasa seram dengan pandangan Adib. Ntah-ntah kena sampuk dek jembalang kot. Tiba-tiba Adib turut serta berbaring di sebelahnya. Tubuhnya dipeluk kejap.

"Sayaannggg..."

Caya menelan liur. Kelat. Rasa berpasir. Dadanya berdebar-debar. Panggilan Adib sebentar tadi begitu sensual pada pendengarannya. Ditambah lagi dengan pelukan Adib yang semakin kejap.

"Sayaaannngggg.."

Kali ini panggilan Adib semakin meleret. Tangan Adib juga mula bermain-main pada rambut Caya. Rambut Caya dielus perlahan. Caya memberanikan diri memandang anak mata Adib. Pandangan mata itu begitu redup. Caya rasa terbuai. Dahinya terasa hangat dikucup. Bibirnya menguntum senyum. Manis.

"Abang sayangkan Fiya."

Serentak dengan itu bibirnya dikucup lembut. Fiya juga sayangkan abang. Fiya sayang My Dear Duren Sawit!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience