Bab 19

Romance Series 6107

Pelipis diurut perlahan. Pening kepalanya memikirkan hal Bella. Semenjak dua menjak ni, Bella kerap mengganggu ketenteramannya. Sudah bermacam-macam ugutan dan juga cacian dilemparkan namun semuanya sia-sia belaka. Ianya bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Itu belum kira lagi dengan karenah Caya. Sejak disahkan mengandung, sikap manja Caya semakin terserlah. Kejap-kejap nak itulah, nak inilah. Sesikit nak berkepit je. Susah sangat nak berenggang dengannya. Sedikit sebanyak perkara itu membuatkannya berasa rimas.

Perutnya yang tiba-tiba memulas digosok perlahan. Tidak lama kemudian kerongkongnya terasa seperti dijolok-jolok. Segera dia berlari menuju ke bilik air. Habis nasi lemak sarapannya pagi tadi dihamburkan. Perit rasanya tekak selepas dia memuntahkan isi perutnya tadi.

Kakinya dihalakan menuju ke sofa. Punggungnya dilabuhkan. Seluruh tubuhnya terasa teramat lemah sekali. Sejak Caya disahkan hamil, Adib yang mengalami alahan teruk. Manakala Caya hanya pening-pening saja. Morning sickness yang dialami Caya tidak seteruk yang dialaminya. Tanpa sedar matanya menjadi semakin kuyu dan perlahan-lahan dia mulai terlelap dalam keadaan duduk.

Adib tersedar saat terasa 'sesuatu' sedang merayap di wajahnya. Berkali-kali ditepis namun 'benda' itu masih setia menyentuh kulit mukanya. Sekejap di kening, sekejap di pipi dan adakalanya menyentuh hidung mancungnya. Bibirnya juga tidak terlepas daripada terkena 'sentuhan' itu.

Dengan tubuh yang sangat lemah dan berbekalkan kudrat yang masih ada, Adib membuka mata perlahan-lahan. Sedikit sebal dirasakannya kerana tidur lenanya diganggu. Entah 'mambang' mana yang syok sangat ganggu tidur lenanya. Melihat saja kelibat 'benda' yang kononnya 'mambang' itu, spontan Adib duduk tegak.

Senyuman yang terukir di bibir 'mambang' itu sedikit pun tidak berbekas dihatinya. Malah sangatlah jelek ada pandangan matanya. Ditambah lagi dengan lipstik berwarna merah. Membuatkannya berasa sangatlah meluat.

"Kau nak apa lagi? Kan aku dah kata, aku taknak ada apa-apa urusan dengan kau lagi."

"Darling, I singgah kejap je. Cuma nak tahu khabar you. Tak sangka pulak I yang you nampak teruk sangat ni. I hantar you pergi klinik ye?"

"Tak payah kau nak tunjuk prihatin, Bella. Aku tak hadap pertolongan dari kau. Aku masih mampu nak ke sana sini tanpa bantuan kau lagi. Dah, keluar."

Bella tersenyum menggoda. Dengan langkah menggoda, tubuh Adib didekati. Tali leher Adib dipintal perlahan.

"You.. I tengok you lemah sangat ni. Badan pun dah susut banyak. Minggu lepas I tengok ok je. Tough gitu. Asal baru seminggu dah susut banyak ni? Wife you tak bagi makan eh? Ciannya darling I ni.."

"Pergi jejauh boleh tak? Aku rimaslah."

Kepalanya yang terasa kembali pusing diurut kembali. Sesekali rambutnya diramas perlahan. Tangan kanan diangkat. Ibu jari dan jari telunjuk pantas memicit kuat hidungnya. Kedudukan Bella yang semakin rapat membuatkannya semakin lemas dan rimas. Tekaknya yang seperti dijolok agar memuntahkan lagi saki baki isi perutnya sedaya upaya ditahan agar tidak terkeluar.

Tingkah Adib yang memicit kuat hidungnya membuatkan kening Bella berkerut. Dia menghidu tangannya. Wangi. Rambut pun wangi. Agaknya hampir separuh botol perfume disemburnya tadi. Tak cukup wangi kot. Pantas tangannya menyeluk beg tangan dan mengeluarkan botol perfume jenama Dior miliknya.

Adib yang menyedari perlakuan Bella serta merta membeliakkan mata. Dia nak buat apa dengan perfume tu. Jangan cakap...

"Bella, kau nak buat apa dengan perfume tu?"

Adib bertanya dengan tangannya masih setia memicit hidung. Bella hanya menjungkit kening seraya tersenyum. Penutup botol perfume Dior dibuka namun Adib segera menghalang perbuatannya.

"Kenapa dengan you ni, Adib? Busuk sangat ke I ni sampai you nak tutup-tutup hidung bagai? I cuma nak sembur perfume ni. You kan suka sangat bau perfume ni. Sebab tu I sembur bebanyak. Tak sangka pulak I belum cukup wangi."

"Please, Bella. Better you go now. Aku dah tak tahan ni.."

Bella yang mendengar membulatkan mata. Seriously?? Adib dah tak tahan? Tak tahan nak peluk aku ke? Nak kiss?? Ohh how sweet! Segera badannya dianjakkan agar lebih rapat dengan Adib.

"You rindu I eh? Nak peluk I macam dulu eh? You nak kiss kat mana? Kiss jelah. I rela. Macam tak biasa kan, darling."

"Bella, please.. Jangan dekat aku."

Serentak itu saki baki isi perutnya yang sedari tadi ditahan agar tidak terkeluar akhirnya terburai jua. Tepat mengenai Bella yang cukup rapat dengannya. Kini Bella bermandikan muntah Adib. Bau masam mulai memenuhi ruang pejabatnya.

Bella terkaku. Alaa.. Asal Adib muntah kat Bella ni? Eehh wait!! Muntah?? Adib muntah atas aku ke? Adib what?? Homaigod! Bau masam berlumba-lumba memasuki rongga hidungnya. Serentak matanya berpinar dan tanpa amaran, tubuhnya rebah disisi Adib.

"Abang.."

Spontan Adib memaku pandangan ke arah punca suara yang memanggilnya. Erkk.. Bala!

"Fiya, bagi abang peluang untuk beri penjelasan. Semua ni tak seperti yang Fiya lihat. Ianya tak seperti yang Fiya bayangkan. Trust me, sayang."

Caya hanya membisu. Pipinya sudah basah dengan airmata. Tidak betah dengan apa yang ada di hadapan matanya, kaki dihayun meninggalkan Adib bersama Bella yang rebah disisi Adib.

"Fiya!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience