Bab 21

Romance Series 6107

Bunyi loceng bertalu-talu membantutkan pergerakan tangannya yang tengah sibuk menyidai kain di ampaian. Langkah dihala ke pintu depan. Sedikit sebal dirasakannya. Entah siapa gerangan yang tidak reti bersabar tu. Tekan loceng rumah orang tak henti-henti. Tak bertamadun langsung.

Caya mengintai sedikit ke luar tingkap. Ingin melihat gerangan manusia yang tidak bertamadun itu. Dia? Dia nak apa? Air liur ditelan. Terasa berpasir.

Bunyi loceng kedengaran lagi. Caya mengeluh kasar. Dengan berat hati, pintu rumah dibuka. Jelas dipandangan matanya, wajah manusia di sebalik pagar itu nampak kemerah-merahan. Agaknya sebab cuaca panas kot. Dah tahu panas, tak reti nak pakai pakaian yang elok sikit. Segera kaki dihalakan mendekati pagar.

"Hah! You keluar jugak akhirnya. Dah lama I tekan loceng tahu tak. Naik kematu jari jemari I yang runcing ni. Kuku pun dah rosak. You punya pasallah ni! Dah, sekarang ni you tolong buka pagar ni cepat. I ada benda nak cakap. Cepatlah. Panas tahu tak!"

Caya menjegilkan mata. Amboi-amboi.. Obor-obor ni ada hati nak arah-arah orang pulak. Tak sedar diri! Dahlah datang tanpa diundang. Takde salam, tiba-tiba sembur orang dengan arahan tak berasas dia tu. Kuku rosak?? Padan muka. Kuku tu patutnya biar bagi pendek. Senang air wudhuk nak mengalir. Ni tak, nak juga bagi panjang. Suka agaknya syaitonnirrojim tu bergayut kat hujung kuku. Oppsss.. Termengumpatlah pulak. Hehehe.

"Assalamualaikum, cik. Ye,nak cakap apa? Rasanya kat sini pun boleh kot." Hah! Hambek kau.

"Erkk waalaikumussalam.. Kalau iye pun, bagilah I masuk dulu. Panaslah kat sini."

Buat kesekian kalinya, kata-kata berbaur arahan dilontarkan lagi. Caya mengurut dada. Wajah dihadapannya itu dipandang. Dah serupa udang kena bakar doh.

"Maaf cik. Kalau cik nak bincang apa-apa, seeloknya kat sini je. Saya takkan sesekali benarkan orang yang tak dikenali masuk ke rumah."

Waahh, sopan lagi santun kau Caya. Ke mana menghilang gelaran harimau malaya tu? Mata dijulingkan ke atas. Menyampah.

"Hishh! You ni banyak cakaplah. I, Bella. Ex wife Adib. So, dah kenal kan? Boleh you buka pagar ni?"

"Maaf sekali lagi.. Keputusan saya tetap sama. Setakat kenal nama tidak akan mengubah keputusan saya. So,ada apa yang boleh saya bantu, Cik Bella?"

"Macamana I nak cakap kat tengah panas macam ni?"

"Rasanya, sebelum cuaca semakin panas, seeloknya cik staight to the point jelah. Saya pun sibuk ni. Lagi pula, saya agak tak lama lagi lava-lava tu dah nak meletus.."

Caya masih setia menjaga bahasanya. Air mukanya juga masih dimaniskan. Walhal dalam hati sudah menyumpah seranah wanita di hadapannya ini. Berlagak je lebih. Huh!

Menyirap darah Bella diperlakukan sedemikian rupa. Aku nak tembak dia tapi dia dulu dah bom aku? Biar kebenaran? Hish, ni yang aku panas ni. Perli-perli aku lagi. Huh!

"Eh pompuan! I cakap bagus-bagus, you taknak dengar kenapa?"

"Maaf ye, saya ni wanita. Bukan pompuan. Yang layak digelar pompuan tu adalah cik sendiri!" Hah! Rasakan! Nak jaga bahasa tapi manusia di hadapannya tak tahu apa makna 'bahasa'.

"Amboiii muluuttt.. You jangan nak memandai cari pasal dengan I ye. I boleh saman you tahu tak!"

"Rasanya tak perlulah cik nak susah-susah cari peguam semata-mata nak saman saya. Tapi kalau cik nak saman saya sekalipun, dipersilakan. Kita jumpa kat court je nanti. Saya pasti akan hadirkan diri. Dan rasanya tak perlu saya nak bazirkan air liur cakap banyak kat court. Rumah saya ada cctv. Nanti saya bagi je rakaman cctv dekat hakim. Lepas tu bolehlah hakim putuskan siapa yang cari pasal kat sini. Betul tak Cik Bella?"

"Hish! Dahlah I nak balik. Buang masa je datang sini."

"Saya tak jemput pun."

"Eee.. Arrgghhhh!!!"

Bella segera berlalu pergi. Geram sangat dengan layanan Caya terhadapnya. Namun baru beberapa langkah dia berjalan, dia terdengar Caya memanggilnya. Lantas tubuh dipalingkan.

"Cik Bella, saya tahu apa tujuan awak datang ke sini. Tapi maaf, saya takkan sesekali mengundurkan diri. Awak adalah masa lalu Adib, dan saya adalah masa depan dia. Harap awak sedar dan tak mengganggu kami lagi. Maaf sekali lagi sebab tak benarkan awak masuk sebab saya perlukan izin suami saya untuk benarkan sesiapa masuk ke dalam rumah. Semoga awak bertemu dengan orang yang bersesuaian dengan awak. Awak cantik, Cik Bella. Pasti ada seseorang yang sangat-sangat menyayangi dan bakal mendampingi awak. Semoga awak berbahagia, Cik Bella. Assalamualaikum."

Bella termangu-mangu mendengar ungkapan maaf dari Caya. Kata-kata Caya sebentar tadi sedikit sebanyak membuatkannya terfikir sejenak. Namun, hasutan syaitan yang bermaharajalela di segenap relung hatinya membuatkannya mengendahkan saja kata-kata Caya.

"AKU TAKKAN MENYERAH! ADIB MILIK AKU! SELAMA-LAMANYA TETAP MILIK AKU!! AKU AKAN PASTIKAN KORANG TAK BAHAGIA!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience