Bab 20

Romance Series 6107

Petang itu Adib tergesa-gesa pulang ke rumah. Memikirkan keadaan Caya yang basah dengan airmata siang tadi cukup memilukan hatinya. Ingin saja dia berlari mengejar Caya namun tuntutan kerja membantutkan niatnya.

Puas dia mengelilingi rumah namun bayang Caya tidak kelihatan di mana-mana. Takkan Caya lari dari rumah kot. Dahi ditepuk kuat.

"Alamak! Matilah aku.."

"Asal nak mati pulak? Abang sakit ke?"

Adib tersentak. Spontan tangannya mengurut dada. Segera dia menoleh. Terbias di retina matanya figura Caya yang terkebil-kebil memandangnya. Lantas tubuh itu ditarik rapat ke dalam dakapannya.

"Sayang.."

"Abang ni dah kenapa? Sakit kat mana? Bagitahulah Fiya."

Perasaan bimbang menguasai diri. Pelukan Adib dilonggarkan sedikit. Hatinya bertambah risau saat melihat Adib menitiskan airmata. Laki siapalah yang cengeng ni. Huh!

"Abang.. Jom pergi klinik. Fiya risau tengok abang macam ni."

Adib menggeleng. Tubuh Caya ditarik semula ke dalam dakapannya. Erat. Seakan tidak ingin dilepaskan.

"Maafkan abang, sayang. Abang tak bermaksud nak lukakan hati sayang. Fiya dari mana ni? Puas abang keliling rumah tak jumpa-jumpa. Fiya jangan tinggalkan abang ye. Abang sayang Fiya seorang je."

"Abang ngigau ye? Fiya pergi rumah Kak Senah tadi. Jenguk anak dia. Zizie bagitahu pagi tadi anak Kak Senah diserang asma. Fiya tak pergi memana pun lah abang. Kan Fiya dah whatsapp abang. Abang tak baca ke?"

"Fiya whatsapp abang? Abang tak perasan pulak. Kalut sangat fikirkan Fiya. Abang risau tentang Fiya. Betul ni Fiya tak marah?"

Caya mengangguk.

"Sayang dah tak marah abang ke? Tak jauh hati dengan abang?"

"Apa kejadahnya Fiya nak marah abang? Nak jauh-jauh hati bagai. Dah,pergi mandi. Abang busuklah."

Langkah Caya yang ingin berlalu pergi dihalang. Jemari Caya disentuh lalu digenggam erat.

"Fiya, abang taknak ada perselisihan faham antara kita. Abang dah tak ada apa-apa dengan Bella. Dia selalu datang ofis ganggu abang tapi abang tak layan. Tadi tu abang muntah sebab tak tahan perfume Bella tu bau dia kuat sangat. Sayang pun tahu kan abang alah dengan bau-bauan ni semua. Tak sangka pulak Bella boleh pengsan. Macam tak ada tempat lain pulak dia landing. Nak juga rebah dekat abang. Eee geli abang tahu tak."

Adib menggoyang-goyangkan badannya. Geli geleman dia dengan perlakuan Bella terhadapnya siang tadi. Caya hanya tersenyum.

"Dah lah abang.. Caya ok je. Abang pergi mandi eh."

"Sayang.. Betul ke sayang tak marah ni? Fiya percayakan abang kan?"

"Ye abang.. Fiya percayakan abang."

"Dah tu kenapa sayang nangis?"

"Eehh dah pompuan lain landing atas suami Fiya takkan Fiya nak gelak kot."

"Asal Fiya tak tunggu abang? Fiya blah macam tu je tanpa dengar penjelasan abang pun."

Adib sedikit berjauh hati. Bibirnya dimuncungkan. Spontan Caya tertawa.

"Abang, ofis abang bau masamlah.. Fiya tak tahan. Tu yang Fiya cepat-cepat balik. Nanti tak pepasal Fiya pulak yang jatuh pengsan. Kalau Fiya pengsan, macamana abang nak angkat Fiya? Kan dah ada BEKAS ISTERI abang tengah syok landing kat abang. Takkan Fiya nak potong line kot! Hehehe."

Adib mencekak pinggang. Hailah Fiya sayang oii.. Buat aku galau sepanjang hari je.. Isteri siapalah yang nakal ni? Ehh bukan isteri aku ke? Spontan dahinya ditepuk. Mereng kau, Adib!

Caya yang memandang gelagat Adib meledakkan tawa. Comel sungguh tingkah Adib.

"Udah-udahlah tu abang.. Pergi mandi cepat. Bau masam sangat ni. Macam tapai basi!"

Serentak itu Caya lantas melarikan diri sambil meledakkan tawa. Bimbang andai dirinya tertangkap.

"Sayaangg... Hish!"

Adib menghentakkan kaki. Protes. Caya hanya menyambung tawa. Geli sungguh hatinya melihat perwatakan Adib yang jauh berbeza berbanding dulu. Dari kejauhan jelas sekali dipandangannya wajah Adib yang cemberut. Ceeitt! Dulu kata orang bau masam macam mayonis basi boleh pulak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience