BAB 14

Spiritual Completed 1100

Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke anak cucu. Ucapnya sambil tangannya menggenggam tangan suamiku. Mereka berdua tersenyum senang. Seolah-olah mereka dah lama kenal.

Terima kasih kerana sudi hadir.

Ini untukmu sahabat tanda kenangan dariku. Dan aku serahkan kekasih hatiku ini kepangkuan jagaanmu dengan rela hati dan doa yang berkekalan. Dia meletakkan bungkusan atas ribaan suamiku.

Aku terkejut dengan kata-katanya itu. Tidak terfikirkah dia bahawa bicaranya itu akan membuatkan suamiku cemburu atau salah faham? Tidak terfikirkah dia untuk menyimpan rahsia kisah percintaan antara aku dan dia dari pengetahuan orang lain? Tidak terfikirkah dia bahawa rumah tangga yang baru dibina ini bakal goyah dengan bicaranya itu?

Ah tuhan. Mengapa ini terjadi? Keluh hatiku sendiri.

Dia kemudiannya berpaling ke arahku. Aku tidak mampu untuk menatap wajahnya itu. Namun aku paksakan untuk berbuat demikian. Aku lihat matanya berkaca-kaca menahan sebak air empangan yang mahu melimpah.

Ilah!! Serunya perlahan.

Pada hari ini dengan ikhlas hati abang serahkanmu kepangkuan suamimu yang abang hormati. Tiada yang lebih manis dan indah dalam hidup ini melainkan sewaktu abang bahagia bersama cintamu. Namun ketahuilah olehmu bahawa abang tidak mampu untuk menanggung cinta sucimu itu dan terus membawanya ke gerbang bahagia sebagaimana dirimu alami pada hari ini. Hari ini putus sudah cinta kita sebagai pasangan kekasih dan yang kekal hanyalah kasih dan sayang abang seperti saudara kandungmu sendiri.

Maka abang harap dirimu mampu membahagiakan suamimu ini sebagaimana abang telah bahagia dengan cintamu suatu ketika dahulu. Cintailah dia seadanya kerana dialah segala-galanya selepas tuhan dan rasul ikutanmu. Abang doakan dirimu bahagia di sampingnya seorang lelaki yang kini bergelar suami buatmu. Ujarnya bersendu dan syahdu. Aku sudah tidak mampu lagi menahan tangisan hati ini. Manik-manik jernih mula berlumba-lumba menuruni kelopak yang tak mampu menahan terjahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience