BAB 8

Spiritual Completed 1100

Ilah! Abang Shidi datang ni. Keluarlah. Panggil mak. Segan juga aku nak keluar, maklumlah dah lama tak jumpa. Lagipun mak dan ayah ada sama. Apa yang aku nak cakap depan mereka nanti. Takkan nak cakap pasal cinta, rindu dan sayang. Malulah aku sebab mereka terlebih dulu makan garam daripada kami.

Abang apa khabar? Tanyaku sewaktu melabuhkan punggung di atas sofa setentang dengannya.

Alhamdulillah, sihat. Ilah pulak macam mana?

Ok je. Macam biasa, cuma. Aku tak dapat menghabiskan kata-kataku bila aku tiba-tiba sedar yang mak dan ayah ada bersama kami. Kalau tidak pasti mereka tahu nanti. Tapi aku yakin, walaupun mereka tidak tahu secara pasti namun mereka dapat mengagak dari cara kami berdasarkan pengalaman mereka sebagai orang tua.

Duduklah dulu yea, makcik nak ke dapur kejap. Mak bangun menuju ke dapur. Manakala ayah pula bangun untuk menukar bajunya. Jadi sekarang hanya tinggal aku dan abang Shidi saja di ruang tamu rumahku itu.

Aku jadi lebih segan bila kulihat dia sedang asyik memerhatikan aku. Dia kemudian tersenyum bila dia lihat aku tersipu-sipu malu kerana diperlakukan begitu.

Abang rindu pada Ilah. Antara dengar tak dengar dia memberitahuku.

Ilah pun macam tu juga. Tapi nak buat macam mana, nak jumpa selalu tak boleh. Sabar sajalah. Kata-kata itu bagaikan untuk memujuk hatiku sendiri. Aku sendiri pun kadang-kadang tak tertahan rasa rindu di hati ini. Tapi di sana ada batas-batas yang perlu aku sedari agar aku tidak terjerumus ke dalam kancah yang boleh membinasakan kami sendiri.

Kalau tidak kerana janji dan cita-cita, dah lama abang masuk pinang Ilah. Kita kahwin lagi baik daripada terus dalam keadaan begini.

Aku tahu betapa abang Shidi berpegang kuat pada janjinya. Dia telah berjanji dengan keluarganya untuk menjaga ibunya yang sudah tua dan menampung pengajian adik-adiknya terlebih dahulu apabila dia tamat pengajian nanti. Lagipun dia mempunyai cita-cita yang tinggi untuk masa depan. Segala-galanya dia telah ceritakan padaku tentang janji dan cita-citanya itu supaya aku tahu keadaan dirinya. Sebab itulah dia tidak mahu mengikat aku dengan sebarang janji kerana dia takut aku tidak mampu menunggu lebih lama. Jadi aku bebas untuk menentukan haluanku sendiri. Katanya dia redha dan rela sekiranya aku memilih lelaki lain sebagai suamiku sekiranya itu sudah jodoh dan takdir bagiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience