BAB 10

Spiritual Completed 1100

Walaupun dia masih belum menyuntingku untuk menjadi suri hidupnya, namun aku telah lama mengambilnya sebagai perwira hidupku. Ataupun dia masih lagi belum mengambilku menjadi mempelai perempuannya, namun dia telah lama menjadi pengantin lelaki dalam persandingan kami di hatiku ini. Dia telah berjaya menawan hatiku dan jiwaku oleh sebab sikapnya dan peribadinya yang membuatkan aku benar-benar kagum.

Ya Allah! Aku bermohon padaMu dengan seluruh kehidupan ini agar menjaga perasaan kecintaan ini. Kiranya dia benar-benar ditakdirkan buatku, maka satukanlah kami di bawah naungan cinta dan kasihMu. Dan jika dia ditakdirkan bukan milikku, maka Engkau jauhkanlah dia dari pandangan dan ingatanku. Perkukuhkanlah kesabaranku dalam menghadapinya dan titiplah ke dalam hatiku sifat keredhaan dengan takdirMu wahai tuhan. Doaku pasrah.

Kami meneruskan program kelas malam untuk SPM itu. Aku dan kawan-kawan yang lain masing-masing memainkan peranan dan tugas yang telah ditetapkan. Agak sukar sikit untuk mengatur gerak kerja kerana abang Shidi tak ada sebab selalunya dialah yang banyak mengatur dan memberikan idea. Jadi agak kelam kabutlah sikit. Namun begitu dia selalu menelefonku bertanyakan perkembangan dan perjalanan program itu. Selalu juga dia memberikan cadangan dan pendapat serta buah fikirannya kepadaku untuk aku utarakan kepada kawan-kawan yang lain bagi meningkatkan lagi gerak kerja dan prestasi persatuan.

Cuti kali ini memberikan aku banyak masa terluang. Aku habiskan masa-masa lapangku dengan membantu mak dan ayah di kedai sambil membaca buku. Kadang-kadang aku juga suka berfikir tentang masa depanku. Aku masih lagi tercari-cari bagaimana aku ingin membina masa depanku sendiri. Kerjayaku, keluargaku dan cita-citaku. Aku hanya ada satu semester lagi untuk menamatkan pengajianku. Aku masih tertanya-tanya kerjaya yang macam manakah yang akan ku pilih nanti. Aku cukup kabur mengenainya. Aku pernah meminta pandangan abang Shidi mengenainya, dan katanya adalah lebih baik buatku untuk memilih kerjaya yang ada kaitan dengan pengajianku sekarang ini. Namun katanya, seharusnya tidak terlalu memilih kerja. Sekurang-kurangnya kita akan mendapat pengalaman yang di luar bidang kita dan kita akan memperolehi kebolehan yang baru. Seperti dia, walaupun bidang pengajiannya dalam kejuteraan elektronik, namun tidak semestinya dia akan menjadi seorang jurutera. Katanya, dia lebih minat untuk mengendalikan perniagaan keluarganya dan ingin mengembangkan lagi. Tapi dia masih ada tiga semester untuk menamatkan pengajiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience