BAB 5

Spiritual Completed 1100

Mengikut tentatif mesyuarat, tujuan utama diadakan mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan tentang aktiviti-aktivi yang akan diadakan pada musim cuti ini. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden persatuan dengan menaruh harapan agar persatuan dapat menfaatkan masa yang ada ini untuk menjalankan aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan dikalangan para ahli dan juga pada masa yang sama dapat menaburkan bakti kepada masyarakat kampung. Seterusnya pembentangan laporan oleh setiap ketua biro mengenai perkembangan gerak kerja yang telah dilakukan dan perancangan yang bakal dilakukan. Para ahli telah bersetuju untuk bersama-sama mengadakan kelas tuisyen malam untuk anak-anak kampung ini yang akan mengambil peperiksaan SPM hujung tahun nanti. Oleh itu, setiap orang dibahagikan tugas-tugas yang perlu dilakukan. Aku telah ditugaskan untuk mengajar subjek matematik.

Hai Ilah! Engkau nampak rapat je dengan abang Shidi tu? Ada apa-apa ke? Tanya Marisa sewaktu kami menghadap jamuan.

Ish, engkau ni. Aku biasa aje. Tak ada apa-apa pun. Macam engkau dengan dia juga. Kataku. Kalau boleh, aku tak nak kisah cinta kami ini diketahui orang sebab nanti banyak pulak masalah yang bakal timbul nanti. Lagipun aku dah janji dengan abang Shidi untuk merahsiakannya selagi dapat.

Manalah tau kot-kot senyap berisi pulak. Sampuk Elisa.

Takkanlah dia nak pilih orang macam aku. Sedangkan kat kampus dia tu ramai lagi yang lebih baik dari aku. Helah aku.

Engkau mana tahu hati orang. Lagipun aku tengok dia tu macam suka je kat engkau. Sambung Marisa lagi.

Engkau orang ni, jangan pandai-pandai pulak nak mereka-reka cerita. Kan susah pulak aku nanti. Kataku sambil berlalu dengan membawa pinggan-pinggan serta cawan ke sink.

Nampak gayanya, kawan-kawan yang lain dah mula dapat menghidu hubungan baik kami ini. Bukan apa, aku takut juga nanti bila orang dah tahu akan tersebar pula berita-berita yang tidak benar tentang kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience