BAB 12

Spiritual Completed 1100

Abang ni buat Ilah tambah buntu tau! Aku bersuara menahan air mata yang mula nak mengalir keluar.

Sayang..dengar elok-elok apa yang ingin abang katakan.

Abang pernah beritahu yang abang tak pernah ikat Ilah dengan sebarang janji. Hanya takdir Allah yang menentukan segalanya. Ilah bebas memilih sesiapa sahaja lelaki yang bakal menjadi teman hidup Ilah. Abang rela dan redha dengan pilihan Ilah asalkan Ilah bahagia dan lakukannya dengan sepenuh hati dan kesedaran Ilah. Sambungnya lagi. Aku sudah tidak dapat menahan sebak yang mula memenuhi empangan ini. Maka mengalirlah air mata ini menuruni lurah-lurah kedukaan dan kesedihan. Betapanya cinta ini dibina suci dengan penuh setia dan kesedaran diri. Tidak pernah ternoda mahupun dinodai. Ia dipelihara suci dari sebarang bisikan-bisikan durja yang mahu merosakkannya.

Cubalah abang fahami keadaan Ilah sekarang ni. Ilah tersepit tau. Esakku memohon belas.

Abang faham, abang faham sayang! Abang juga sepertimu sekarang ini. Tapi kepentingan dan kebahagiaanmu itu terlebih pentingnya bagi abang daripada kegembiraan hati abang sendiri. Abang tidak mampu untuk mengikatmu kerana cita-cita yang masih lagi tersisa.

Ilah tak mampu bang, Ilah tak mampu! Cinta abang telah lama bersemi di jiwa ini. Mana mungkin Ilah membelakanginya

Baiklah kiranya itu yang membuatkan Ilah tersepit, kini abang lepaskan Ilah dari cinta abang. Kata-katanya itu bagaikan belati tajam yang menusuk hatiku yang telah sedia luka ini. Maka menangislah aku sendiri.

Betapa sukarnya untuk menyemai benih cinta yang kadang-kadang mengambil masa seribu tahun lamanya namun terlalu senang merungkaikannya hanya dengan beberapa patah kata yang menghiasi bibir. Begitu juga dengan kenangan walaupun bercinta cuma sehari tetapi kenangan pengalaman tetap jua segar walau seratus tahun.

Entah bagaimana inginku gambarkan tentang perasaan ini, bagaimana inginku lakarkan kesedihan hati ini. Sedangkan inilah cinta pertamaku ketika aku menongkah dewasa. Cinta yang disemai dan dijaga rapi. Tumbuhnya di perkarangan terlarang dihiasi dan disirami kejujuran seorang kekasih dan kehebatan seorang lelaki. Banyak yang aku pelajari darinya. Bagaimana cara nak mendidik hati, cara memperelokkan budi dan teristimewa aku dapat memahami apa itu makna kasih sejati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience