BAB 11

Spiritual Completed 1100

Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Begitulah juga dengan percintaan ini. Tidak dinamakan cinta sekiranya tanpa kasih, sayang dan rindu. Kasih dengan berpada-pada, sayang dengan sepenuh kejujuran dan keikhlasan serta rindu yang sentiasa memenuhi kamar hidup semenjak munculnya mentari di ufuk timur hinggalah menghilangnya di horizon barat. Perasaan itu tidak pernah luput mahu pun berkurangan dari sanubari ini. Namun ia tergugat juga apabila pepohon cinta yang tertanam ini dilanda dugaan kasih dan menuntut aku supaya membuat penentuan. Pilihan setelah berada di persimpangan dilema kasih. Beberapa bulan selepas aku menamatkan pengajian, ada orang datang ke rumahku untuk merisik khabar.

Kata mereka, ingin sekali merisik khabar jambangan di taman terlarang. Adakah sudah disunting orang ataupun masih harum mekar di taman ini. Bagaimana ingin aku ceritakan pada keluarga tentang ikatan kasih yang telah lama terjalin. Kasih yang mewangi menyelubungi hidup dan menghiasi serta mewarnai suka duka pengalaman hidup ini.

Ya Allah! Cubaan apakah yang Engkau timpakan ini. Aku tidak mampu menghadapi dugaan ini tanpa bantuan dan petunjuk Mu tuhan. Aku ini gadis yang lemah bisa tersasar dan tersesat dalam melayari cinta.

Ya Allah! Sekiranya ketentuan ini adalah terlebih baik buatku, maka Engkau tetapkanlah hati dalam menerimanya. Berikanlah kesabaran padaku tatkala terkenang segala pengalaman yang lalu.

Ya Allah! Aku menyerahkan segala ketentuan hidupku ini di tangan Mu wahai tuhan yang mengetahui segala bicara hati ini.

Aku telah menghubungi abang Shidi untuk memberitahu tentang perkara ini. Aku ingin meminta pendapatnya bagaimana untuk aku berdepan dan membuat keputusan terhadap masalah ini. Adakah perlu aku memberitahu keluargaku tentang kedudukan sebenar diriku yang telah dilamar cinta orang.

Keputusan terletak sepenuhnya di tangan Ilah. Sebarang keputusan yang Ilah buat, abang tetap menyokongnya. Beritahu dia padaku. Namun jawapannya itu membuatkan aku bertambah buntu dalam mencari jalan penyelesaian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience