BAB 4

Spiritual Completed 1100

Abang tak nak mengikat Ilah dengan sebarang janji. Ilah bebas menentukan arah hidup dan pilihan Ilah. Katanya padaku.

Sekiranya ada orang datang meminang, Ilah dan keluarga berkenan serta bersetuju maka abang rela dan redha melepaskan Ilah. Abang akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Ilah. Cuma Ilah perlu memberitahu abang je agar abang tidak berharap. Sambung dia lagi.

Kalau sesuatu itu telah ditakdirkan Allah milik kita, walau ia berada di seberang laut dan dalam keadaan merangkak sekalipun ia akan tetap datang ke pangkuan kita. Namun sekiranya sesuatu itu telah ditakdirkan bukan milik kita, walaupun telah kita kunyah dan telan namun ia tetap akan dimuntahkan juga. Itulah kata-kata yang selalu diucapkan olehnya padaku.

Namun, aku pasti semua orang bersetuju sekiranya aku katakan bahawa terlalu sukar untuk kita mengubah kasih sayang sekiranya kita benar-benar mencintai seseorang kerana cinta, kasih dan sayang adalah bukan sesuatu mainan yang boleh dijual beli sesuka hati.

Terlalu banyak masalah hati yang timbul sekiranya aku terus memikirkannya. Namun kadang-kadang, perasaan rinduku ini membuatkan kenangan dan ingatan pengalaman perjalanan hidup ini menjadi manis.

Suasana malam di kampung cukup menenangkan jiwaku. Tiada bunyi bising dan kekalutan seperti di kampus. Di sini malamnya sunyi dan mendamaikan. Hanya sesekali sahaja terdengar bunyi burung tukang ataupun burung jampuk bernyanyi. Desir angin yang berlagu mendendangkan irama istimewa buat penduduk kampung seperti aku yang sentiasa inginkan persekitaran yang dapat mengembalikan ketenangan jiwa dan kedamaian hati. Ia membuatkan aku tidur lena bagai diulit dayang dan inang.

Seperti yang telah dijanjikan, ahli-ahli persatuan berkumpul di surau untuk menghadiri mesyuarat. Kebanyakan ahli dapat menghadirkan diri, maklumlah semua kampus sedang bercuti sekarang. Aku dan beberapa kawan-kawan yang lain telah menyediakan beberapa juadah untuk jamuan selepas mesyuarat nanti. Walau apa pun, yang pentingnya aku terpaksa menyediakan laporan mengenai biro yang aku pegang. Pada mesyuarat agong yang lepas, aku telah dilantik sebagai pengerusi biro Helwani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience