BAB 17

Spiritual Completed 1100

Mereka bersahabat sejak dibangku sekolah lagi. Namun takdir yang telah menentukan segala-galanya. Cintaku pada orang lain dan pelaminku bersama orang lain. Aku tetap bangga kerana cintaku berlaku demikian bukan kerana pengkhianatan, tapi oleh kerana keikhlasan dan pengorbanan seorang kekasih yang terlalu tulus cintanya.

Sehingga kini aku masih lagi teringat saat dia nazak terlantar di katil hospital. Wayar-wayar berselirat menghiasi badannya, namun ia tidak mampu untuk menahan ataupun menyekat kehadiran malaikat maut yang berdiri bersedia untuk memenuhi tuntutan tugas yang sudah tertulis sejak azali lagi.

Dia kelihatan pucat dan begitu kurus sekali, namun masih mampu untuk menghadiahkan senyuman kepada para tetamu yang datang melawatnya tika itu walaupun mereka diselubungi pilu menantikan saat-saat perpisahan yang entah bila akan berlaku. Ahli keluarga dan waris terdekatnya berpusu-pusu datang dan aku serta suamiku hanya mampu memerhati dari jauh.

Ya Allah! Ringankanlah penderitaannya dan jemputlah dia dalam keadaan Engkau meredhai dan merinduinya. Doa hatiku. Aku sudah tidak mampu untuk melihat keadaannya begitu.

Dalam keadaan murung dan suram begitu, dia mengamit semua yang hadir untuk mendekatinya. Kami memenuhi permintaannya itu walaupun ada yang sudah terisak-isak dengan tangis.

Sasaya moohon aampun dan maaaf daari semua. Dia cuba untuk berkata-kata walaupun terlalu sukar suara untuk keluar melalui kerongkongnya. Para pelawat semuanya tunduk kesyahduan menahan sedih yang menujah pantai hati.

Saaya miinta halal makan daaan miinum.

Ya Allah! Gagahkanlah hatiku ini untuk menerima cubaan mu dan tetapkanlah kesabaran dalam menghadapi saat ini serta titipkanlah keredhaan dalam hatiku untuk menerima takdir Mu. Bisik hatiku.

Allahu Akbar!!! Itulah kalimat terakhir yang aku dengari dari lidah seseorang yang pernah aku cinta dan sehingga kini cintanya tetap menghiasi kebahagiaanku. Pemergiannya itu tetap aku rasai kerana kehilangan seseorang yang telah banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan, keikhlasan dan kesucian sebuah cinta.

Ya Allah! Rahmatilah rohnya dan tempatkannya bersama orang-orang soleh. Berikanlah dia keutamaan di sisiMu sebagai seorang yang banyak berjasa kepada agama Mu. Itulah doaku sewaktu aku menziarahi pusaranya bersama suami dan tiga orang cahaya mataku yang aku bina atas keikhlasan dan kesucian cintanya yang dibawanya bersama untuk menemui tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience