BAB 16

Spiritual Completed 1100

Sebenarnya dia tidak mahu Ilah menjadi janda dalam usia yang masih muda. Keterangan suamiku itu membuatkan aku terkejut bagaikan dipanah petir.

Kenapa abang cakap begitu?!

Dia mengidapi penyakit yang sudah kronik. Dia tidak mahu Ilah menanggung kesusahan kerananya. Kelihatannya sendu dengan kata-kata itu.

Kenapa dia tidak pernah memberitahu Ilah? Soalku seperti tidak percaya dengan apa yang telah diberitahunya.

Entahlah abang pun tak tahu.

Aahkenapa abang Rashidi tidak memberitahu aku pasal ini? Kenapa abang tidak beritahu sendiri kepada Ilah? Kenapa abang biarkan Ilah berperasangka terhadap abang?

Ya Allah! Cinta yang terbina ini adalah dengan sepenuh hati. Kuserahkan kepada-Mu segala-galanya dalam menentukan perjalanannya. Kehidupan yang diidamkan adalah umpama suatu impian yang kini telah jadi mimpi. Namun aku tetap bersyukur kerana telah dapat mengecapi cinta yang tulus walaupun hanya sebentar dan kini aku telah dianugerahkan seseorang yang bergelar suami di sisiku.

Ya Allah! Kini aku pasrah dalam menghadapi ketentuan-Mu. Doaku, berilah dia kebahagian yang berkekalan dan tabahkanlah hatinya dalam menempuh dugaan. Sesungguhnya aku telah bahagia bersama cintanya dan anugerahkanlah dengan kebahagian yang terlalu agung buatnya.

Aku terlalu sukar untuk membendung perasaan ini bila mengingatkan apa yang telah berlaku. Perasaan cinta yang telah disemai dan dijaga dengan sepenuh perhatian. Cinta dan kasih suci yang tidak pernah ternoda dengan sebarang muslihat jahat yang menguasai hati. Terlalu sukar untuk memiliki lelaki sehebat itu.

Walau apa pun yang berlaku, dia tetap dalam ingatanku. Bukanlah aku ingin membelakangkan suamiku. Tidak sama sekali. Namun kenangan lalu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan. Apatah lagi bila ia melibatkan perasaan kita. Lagipun abang Rashidi rupa-rupanya adalah kawan baik suamiku kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience