BAB 2

Spiritual Completed 1100

Bila disebut pasal kerja, aku sendiri pun masih belum tahu kerja apa yang ingin ku cari nanti. Masih belum terfikir lagi dalam fikiran ku ini. Cuma yang penting, aku ingin tamatkan pengajianku ini dengan seberapa segera. Aku ingin membantu keluarga serta menampung adik-adik yang masih lagi menuntut. Kesian aku tengok mak dan ayah bersusah payah untuk menyara kehidupan kami.

Dalam keasyikan aku membaca buku itu, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada panggilan. Aku tersenyum bila melihat nombor yang tertera kerana aku tahu siapa. Orang yang selalu aku rindu dan ingati. Orang yang banyak mengubah cara hidupku. Kadang-kadang aku seperti tidak percaya bahawa aku boleh tertarik padanya hanya dengan sekali pertemuan. Padahal sebelum ini aku tidak pernah mengenalinya. Mungkin hanya melalui abang dan adik ku yang rapat dengannya. Itulah dinamakan takdir.

Hello!

Abang sini. Bagi tahu kawan-kawan yang lain kita nak buat mesyuarat persatuan petang lusa kat surau.

InsyaAllahJawabku.

Ilah sihat? Soalnya.

Sihat. Abang pula?

Ok je. Maafkan abang sebab tak dapat cakap panjang. Abang ada kerja ni.

Nanti kita sambung lagi. Ok. Dia memutuskan talian.

Sudah lama aku tidak menemuinya membuatkan aku bertambah rindu. Maklumlah aku di Utara manakala dia di Selatan. Impian dan cita-cita yang membuatkan kami terpisah, namun tetap jua bersemi dan hadir ke dalam jiwa tatkala rindu mula membara. Entah macam mana rupa dia sekarang. Kali terakhir aku menemuinya dua bulan yang lepas, dia agak kurus sedikit. Rambutnya panjang mencecah bahu, janggut dan jambang dibiarkan tumbuh meliar. Walaupun aku sudah memberitahunya bahawa aku tidak begitu menyukai penampilannya sebegitu, namun dia tetap mengatakan itulah imejnya. Dah puas aku beritahu, tapi dia tetap begitu. Apa-apa pun keadaannya, aku tetap sayang padanya kerana aku tahu sikap dan perangainya. Hanya penampilan dia sahaja yang begitu tetapi dia tetap hebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience