BAB 1

Spiritual Completed 1100

Sekarang kebanyakan universiti sedang bercuti panjang. Pada masa ini, boleh dikatakan ramai para mahasiswa berlumba-lumba untuk mendapatkan kerja. Tidak kira kerja apa, asalkan boleh mendatangkan hasil dan dapat mengisi kekosongan masa cuti yang panjang ini.

Namun aku lebih suka untuk tinggal di rumah sahaja. Membantu emak berniaga kedai runcit. Lagipun, aku ingin menghabiskan masa cutiku bersama keluarga. Selama ini aku banyak menghabiskan masa nun jauh di utara negeri untuk mengejar cita-cita dan harapan. Dan kini aku ingin menebus kembali rinduku kepada keluarga yang telah bertukar menjadi dendam ini.

Ilah! Tolong jaga kedai kejap. Mak nak solat dulu. Pinta emak sewaktu melintasi bangku tempat dudukku. Bagiku, aku lebih suka bekerja di kedai runcit ini sebab aku berpeluang untuk menghabiskan beberapa buah buku yang sengaja kubeli sewaktu dalam perjalanan balik ke kampung. Kalau boleh, aku juga ingin meningkatkan lagi perniagaan keluarga ini. Aku sedang mencari idea untuk memajukan kedai milik keluarga ini.

Hai Ilah! Bila balik? Tanya makcik Som sambil meletakkan barang-barang yang mahu dibelinya ke atas kaunter.

Balik semalam. Makcik sihat? Tanyaku sekadar berbasa-basi.

Sihat orang tua Ilah. Lama ke kamu cuti ni?

Adalah dalam tiga bulan. Jawabku.

Berapa lama lagi pengajian kamu tu?

Lebih kurang empat bulan lagi makcik.

Ah dah tak lama tu. Nanti senanglah sikit mak dan ayah kamu bila kamu dah kerja nanti. Katanya sambil menjelaskan bayaran dan terus berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience