BAB 7

Spiritual Completed 1100

Mereka juga bebas memilih pasangan mereka serta tanpa rasa takut melakukan perkara-perkara yang selayaknya dilakukan oleh sepasang suami isteri di atas nama kekasih. Bagi mereka itulah sebenarnya kemodenan. Ibu bapa pula telah hilang peranan dan hak-hak mereka untuk mendidik anak-anak mereka. Mereka hanya mampu melihat sahaja apa yang berlaku.

Bagiku, apa yang dikatakan oleh abang Shidi itu ada kebenarannya. Di kampungku sahaja, perkara-perkara seperti itu telah wujud. Anak-anak muda yang terpengaruh dengan mereka yang pulang dari bandar-bandar besar dengan membawa buah tangan berupa budaya-budaya kuning yang tidak senonoh itu. Itulah sebahagian dari perbincangan kami sewaktu mesyuarat petang tadi. Cuba untuk mendapatkan idea dan cadangan bagaimanakah cara dan jalannya untuk kami lakukan bagi mengembalikan identiti masyarakat Islam yang sedang menghadapi konflik identiti ini.

Oleh itu, setiap kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk dimainkan bagi memastikan perkara ini tidak berlaku. Kita perlu sama-sama mencegahnya supaya apabila ia berlaku kita tidak akan saling menunding jari untuk meletakkan kesalahan itu di atas bahu dan kepala orang lain. Semoga Allah s.w.t membantu kita dalam menegakkan agamanya yang suci ini daripada terus dicemari oleh perkara-perkara yang menjijikkan itu. Itulah kata-kata terakhirnya sebagai penutup untuk kuliyah maghribnya malam itu. Aku lihat, kebanyakan ahli jemaah berpuas hati dengan kuliyahnya tadi.

Selepas solat isyak, aku terus balik ke rumah kerana abang Shidi dah janji untuk datang ke rumah malam ni. Saja aku balik awal sikit kerana aku nak goreng mee sebagai jamuan bila abang Shidi datang nanti. Lagipun tak ada yang istimewa untuk hidangan nanti, cuma aku tahu abang Shidi suka makan mee.

Sedang aku asyik di dapur, aku terdengar suara ayah memberi salam. Diikuti suaranya menjemput seseorang naik.

Jemputlah naik! Aku yakin, dia datang dengan ayah semasa turun dari surau tadi.

Terima kasih. Ucapnya sambil melangkah naik ke rumahku. Aku masih lagi dalam bilik untuk memakai tudung. Biarlah ayah dan mak yang melayannya dulu. Aku mengenakan tudung pink yang pernah dihadiahkan olehnya sewaktu aku menyambut ulang tahun kelahiranku yang ke 22 baru-baru ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience