BAB 4

Romance Completed 10934

Arlysa masih bekeras tidak mahu masuk ke pejabat jika Datuk Safawi tidak memberikan jawatan yang tinggi padanya. Pagi itu dia bercadang untuk keluar dengan Fatin bagi menghilangkan stress. Lagipun sudah lama rasanya dia tidak keluar shopping.

Dia memilih untuk memakai dress labuh tanpa lengan berwarna hitam dipadankan dengan jaket jeans berwarna biru cair. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas. Sedikit solekan ditambah pada wajahnya. Lipstick berwarna nude menjadi pilihannya pada hari itu. Setelah puas dengan penampilannya, Arlysa terus turun ke tingkat bawah.

Lagipun dia mahu berjumpa dengan Datuk Safawi untuk meminta duit poket. Nak shopping kan, mestilah kena ada duit. Hehe..

" Good morning mama, papa " ucapnya sebaik tiba di ruang makan.

Datu Safawi dan Datin Zarina sudah berada di meja makan.

" Morning " .

" Nak kemana ni? Pagi-pagi lagi dah bersiap. Oh Lys dan ubah fikiran? Nak masuk office ya? " soal Datuk Safawi.

" Eh taklah. Siapa cakap Lys nak masuk office? Lys cuma akan masuk office kalau papa bagi jawatan yang tinggi dekat Lys. Kalau tak, Lys tak kan masuk office " kerusi di sebelah Datin Zarina ditarik dan dilabuhkan punggungnya di situ.

Datuk Safawi mengeluh perlahan. Ingatkan anaknya itu sudah berubah fikiran.

" Lys nak pergi mana ni? " soal Datin Zarina.

" Lys nak keluar shopping dengan Fatin. Banyak sale tau mama. Ermm papa, nak duit poket " .

Mencerlung mata Datuk Safawi. Ewah enak saja anaknya itu meminta duit belanja. Bila disuruh masuk ke pejabat dia tidak mahu.

" No. Papa takkan bagi Lys duit belanja kalau Lys tak masuk office. Dan papa jugak akan ambil semula kereta Lys. Papa akan bagi semua tu kalau Lys masuk office. Simple kan?" Datuk Safawi tersenyum kecil. Ingat Arlysa jer yang boleh letakkan syarat, dia pun boleh.

" Papa, mama apa ni? Mana boleh buat Lys macam ni " keluh Arlysa.

Aduhh macam mana dia nak keluar shopping kalau keretanya ditarik semula dan Datuk Safawi tidak memberikannya duit poket.

" Kenapa pulak tak boleh? Kalau Lys boleh letakkan syarat, papa pun boleh. Papa lagi berhak " .

Arlysa menarik muncung sedepa.

" Papa tak boleh buat Lys macam ni. Lys kan anak papa " .

" Sebab Lys anak papa lah, papa buat macam ni. Lys kena belajar daripada bawah " .

" No. Lys tak nak " bantah Arlysa.

" Kalau tak nak tak apa. Papa takkan paksa. Tapi Lys kena ingat, papa akan ambil semula kereta dan takkan bagi Lys duit poket " .

Arlysa mengeluh berat. Dia terus bangun dan berlalu ke biliknya. Papa memang tak adil!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience