BAB 11

Romance Completed 10888

Iskandar tidak senang duduk memikirkan tentang Arlysa. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Bukan niatnya untuk menghalau Arlysa. Tanpa sengaja tadi dia telah memarahi gadis itu.

Dia juga ada tanyakan pada Mak Limah tentang kejadian yang sebenar dan ternyata benar. Maya yang memulakan pergaduhan terlebih dahulu. Dia yang tiba-tiba menyerang Arlysa.

Akhirnya Iskandar membuat keputusan untuk mencari Arlysa semula. Dia sudah berjanji dengan Datuk Safawi untuk menjaga Arlysa baik-baik. Dia yakin Arlysa masih tidak jauh daripada sini.

Lemah sahaja langkah Arlysa. Dia sendiri tidak tahu kemana lagi hendak pergi. Ini semua gara-gara perempuan tu. Eii geramnya. Bunyi guruh berdentum menyentakkan lamunan Arlysa.

" Aduh dah nak hujan pulak. Mana aku nak berteduh ni?" soalnya risau.

Beberapa minit kemudian, hujan turun dengan begitu lebat sekali. Arlysa sudah tiada pilihan lain, terpaksalah dia meredah hujan. Dia cuba mencari tempat untuk berteduh, tetapi tiada. Sewaktu berjalan entah mana silapnya, Arlysa terjatuh tertiarap di atas jalan.

" Aduhhh apa kau buat ni Arlysa " marahnya pada diri sendiri. Rasa hendak menangis pun ada.

" Seronok main hujan? " .

Arlysa terus mengangkat wajah saat mendengar suara itu. Abang Is?

Kebetulan tadi Iskandar lalu di kawasan itu. Dia terlihat seorang gadis yang terduduk di tepi jalan. Dia yakin itu Arlysa. Nampaknya tekaan dia benar.

" Abang nak apa? " soalnya dingin.

" Abang cari Lys lah. Jom balik " ajak Iskandar. Dia menghulurkan tangan untuk membantu Arlysa bangun. Tetapi Arlysa buat tidak tahu saja. Ohh jual mahal ea.

" Abang dah marah-marah Lys, lepas tu abang nak ajak Lys balik! " Arlysa sudah berdiri tegak.

" Okay abang minta maaf sebab marahkan Lys tadi. Jangan macam ni Lys. Hujan tengah lebat ni. Jom kita balik " Iskandar cuba memegang tangan Arlysa.

Tetapi dengan pantas Arlysa menepis.

" Jangan pegang Lys! " marahnya.

" Okay sorry. Lys, nanti Lys demam lah. Jom lah balik " pujuk Iskandar.

Dia menggigil kesejukan. Sudahlah hujan semakin lebat, Arlysa pula masih mahu merajuk dengannya.

" Lys tak nak! Abang jahat " .

Tiba-tiba Iskandar menarik Arlysa ke dalam pelukannya. Terdiam Arlysa sebaik tubuh Iskandar memeluk dirinya.

" Jom balik Lys. Abang minta maaf okay. Abang janji tak marah Lys lagi. Kita balik ya? " pujuk Iskandar.

Lambat-lambat Arlysa mengangguk setuju. Iskandar sudah tersenyum kecil. Kalau daripada tadi aku peluk dia, rasanya dah lama kita orang balik rumah. Arlysa, Arlysa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience