BAB 12

Romance Completed 10888

" Lys minum teh panas ni " Iskandar menghulurkan mug yang berisi air teh o panas kepada Arlysa.

" Thanks " jawabnya. Kemudian dia menyisip sedikit air itu.

" Lys tidur lah. Dah malam ni. Esok abang kerja. Good night " Iskandar menarik selimut Arlysa menutup tubuh gadis itu sebelum berlalu keluar daripada bilik Arlysa.

" Okay. Good night " balas Arlysa.

Dia memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang. Lagi-lagi apabila teringatkan kejadian Iskandar yang bertindak tiba-tiba memeluknya. Tanpa dia sedar bibirnya mengukir senyuman kecil.

Iskandar tidak boleh melelapkan matanya. Sekejap dia berpusing ke kiri, sekejap ke kanan. Masih terbayang-bayang lagi sewaktu dia memeluk Arlysa tadi. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia bertindak untuk memeluk gadis itu. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Iskandar menggelengkan kepalanya apabila teringatkan Arlysa. Dah kena peluk baru nak ikut balik rumah. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

Mata Iskandar melilau mencari susuk tubuh Arlysa. Selalunya pagi-pagi begini Arlysa sudah terpacak di meja makan.

" Mak Limah, mana Lys? " soalnya saat melihat kelibat Mak Limah.

" Lys tak bangun lagi Is. Mak Limah pun pelik. Selalunya pagi-pagi macam ni dia dah bangun " .

" Okay takpalah. Is pergi tengokkan dia sekejap " langkah kaki diatur menuju ke bilik Arlysa.

" Lys " pintu bilik Arlysa diketuk.

Tetapi tiada sahutan.

" Lys. Dah bangun ke? " soalnya.

Masih sama. Tiada sahutan. Akhirnya Iskandar membuat keputusan untuk masuk saja. Sebaik dia melangkah dia melihat tubuh Arlysa masih lagi diselubungi selimut.

" Lys " panggilnya.

Dia menghampiri Arlysa. Dahi Arlysa dipegang. Panas! Pasti Arlysa demam gara-gara hujan semalam.

" Lys bangun Lys " pipi Arlysa ditepuk perlahan.

" Hmm " jawab Lys lemah.

" Badan Lys panas ni. Kita pergi klinik ya. Jom " Iskandar membantu Arlysa bangun.

Arlysa hanya ikut sahaja memandangkan dia juga sudah tidak berdaya lagi. Sempat Iskandar mencapai tas tangan Arlysa.

Iskandar fokus pada pemanduannya. Sepatutnya pagi ini dia ada mesyuarat tetapi terpaksa dibatalkan kerana membawa Arlysa ke klinik. Tidak mengapalah. Dia menjeling sekilas ke arah Arlysa. Pucat sahaja wajahnya. Iskandar mencapai sweater miliknya di seat belakang. Kemudian di hulurkan pada Arlysa.

" Lys pakai ni, kesian abang tengok Lys sejuk " .

Arlysa tidak membalas apa-apa. Dia mengambil sweater milik Iskandar kemudian disarungkan pada tubuhnya.

" Abang tak kerja ke hari ni? " soal Arlysa perlahan.

" Kerja. Cuma abang masak office lewat sikit " jawabnya.

Arlysa mengangguk faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience