BAB 21

Romance Completed 10888

Dua bulan kemudian...

Arlysa kini sudah mula bekerja di syarikat Datuk Safawi. Ya dia sudah tidak kisah dengan jawatan. Lagipun dia sudah sedar Datuk Safawi cuma mahukan yang terbaik untuk dirinya.

" Lys dah siap ke belum? " soal Datin Zarina daripada luar kamar.

Hari ini mereka akan pulang ke kampung di Melaka kerana hujung minggu ini sepupunya akan berkahwin.

" Dah mama " jawabnya. Arlysa terus keluar daripada bilik sambil membawa sebuah luggage bersaiz sederhana.

" Jom. Papa dah tunggu dah tu " ajak Datin Zarina.

Arlysa mengangguk. Dia terus mengikut langkah Datin Zarina turun ke tingkat bawah.

Setelah 3 jam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Melaka, akhirnya mereka tiba juga di kampung Datuk Safawi.

Arlysa sedikit teruja kerana dia sudah lama tidak merasakan suasana kampung sebegini. Rasanya kali terakhir mereka pulang ialah tahun lepas. Ketika hari raya Aidilfitri. Kesibukan Datuk Safawi menjadi kekangan utama mereka tidak dapat pulang ke kampung.

Arlysa sudah tidak sabar lagi ingin bertemu dengan saudara-maranya. Waktu beginilah dia dapat meluangkan masa bersama dengan mereka.

" Jom masuk Lys " ajak Datuk Safawi.

Arlysa mengangguk.

" Assalamualaikum " .

" Wa'alaikumussalam. Haa dah sampai pun orang KL ni " Puan Hasnah, kakak kepada Datuk Safawi menyambut mereka di muka pintu.

Arlysa terus bersalaman dengan mak longnya itu.

" Amboi makin cantik anak buah mak long sekarang ni " pujinya.

Arlysa hanya tersenyum kecil.

" Jemputlah masuk. Semua dah ada dekat dalam tu " pelawanya.

Mereka bertiga terus melangkah masuk ke dalam rumah. Rumah Nek Ton mula meriah dengan kehadiran anak-anak dan cucu-cucunya.

Sebaik bersalaman dengan saudara-maranya, Arlysa meminta diri untuk mengambil beg pakaian di dalam kereta.

Langkah kakinya terus terhenti saat melihat susuk tubuh itu.

" Lys " .

Arlysa tidak menjawab. Dia terus berpaling ke arah lain. Iskandar rupanya. Ingatkan Iskandar tidak pulang, rupanya ada. Dia masih ingat lagi ketika Iskandar menghalaunya dahulu. Iskandar sungguh kejam ketika itu.

" Lys sihat? Dah lama kita tak jumpa" soal Iskandar ramah.

" Alhamdulillah masih lagi boleh bernafas " jawab Arlysa dingin.

" Lys abang nak minta maaf sebab dah marah Lys dan halau Lys waktu tu. Abang sebenarnya tak ada niat pun, maafkan.. " .

" Dah-dah. Lys tak ada masa lah dengar semua tu. Anggap jer lah benda tu tak pernah terjadi " sebaik mengambil beg pakaian daripada bonet kereta, dia terus berlalu masuk ke dalam rumah semula.

Iskandar hanya mampu memandang sepi langkah gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience