BAB 17

Romance Completed 10888

Arlysa memandang dengan penuh perasaan meluat pada Maya. Sejak daripada tadi Maya langsung tidak memberi peluang dia bermain badminton dengan Iskandar. Dia disuruh duduk saja. Ah lebih baik tak payah ikut kalau macam ni.

Maya pula sengaja ingin menjauhkan Arlysa daripada Iskandar. Dia tersenyum senang melihat wajah cemberut Arlysa.

" Maya, tukar dengan Lys pulak ya. Kesian I tengok dia tu. Bagilah dia main pulak " kata Iskandar.

" Tapi I tak puas lagi nak lawan dengan you " bangkang Maya.

" Okay kalau macam tu you lawan dengan Lys. I rehat dulu " .

" No. I tak nak " .

" Kenapa? You takut kalah? " soal Iskandar. Sengaja ingin menguji Maya.

" Tak. Bukan takut kalah. I cuma takut Lys tu yang menangis sebab kalah nanti" .

" Oh ya? Kalau macam tu lawan lah dengan Lys. I nak tengok " cabar Iskandar.

" Okay fine. I tak takut " .

" Lys! Janganlah serang laju sangat " marah Maya. Kerana sejak daripada tadi dia tidak dapat memukul bola yang dibaling oleh Arlysa. Gadis itu terlalu pantas.

Arlysa tersenyum lebar. Dia mampu tewaskan Maya. Tak adalah hebat mana pun Maya ni. Main pun macam orang tak reti main jer.

" Aduhh " Maya terduduk jatuh. Entah mana silapnya, dia terjatuh ketika ingin memukul bola.

Iskandar terus mendapatkan Maya.

" Maya! You okay tak ni? " soalnya prihatin.

Dia membantu Maya untuk bangun.

" Kaki I terseliuh Is " adu Maya.

" Mari sini I tengok " Iskandar membantu mengurut kaki Maya yang terseliuh.

Arlysa hanya mampu memandang mereka daripada jauh. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa cemburu melihat Iskandar dan Maya. Aku dah mula jatuh cinta dengan abang Is ke? Ya Allah Lys.

' Kenapa kau nak cemburu pulak Lys, kau bukannya sesiapa pun. Lagipun Maya tu tunang abang Is. Memang patut pun abang Is layan dia macam tu. Abang Is tu cintakan dia sangat-sangat. Lupakan perasaan kau pada dia. Nanti kau jugak yang akan terluka' gumamnya dalam hati.

Maya tersenyum mengejek pada Iskandar. Sengaja dia merengek kesakitan untuk menarik perhatian Iskandar dan menyakitkan hati Arlysa. Dia tahu Arlysa sakit hati melihat mereka berdua.

Perlahan-lahan Arlysa menapak keluar daripada gelanggang badminton itu. Dia sudah tidak sanggup melihat kemesraan Iskandar dengan Maya.

' Kau kena buang perasaan kau Lys. Abang Is milik orang. Kau tak boleh rampas hak orang ' .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience