BAB 7

Romance Completed 10934

" Lys " pintu bilik Arlysa diketuk oleh Datin Zarina.

Tetapi tiada sahutan. Akhirnya Datin Zarina membuat keputusan untuk masuk saja. Mungkin anaknya itu tertidur.

" Lys? Ya Allah mana pulak dia pergi?" dia sudah mulai cemas.

Matanya meliar seluruh bilik mencari Arlysa. Pintu kamar mandi juga dibuka. Tetapi Arlysa tiada juga. Datin Zarina terpandangkan pintu almari pakaian Arlysa yang terbuka sedikit. Dia menghampiri. Kosong! Sah Arlysa memang lari daripada rumah.

" Abang! " panggilnya kuat.

Datuk Safawi terkocoh-kocoh datang ke bilik anaknya itu apabila mendengar panggilan daripada isterinya.

" Ya Rina? Kenapa ni? " soalnya.

" Bang, Lys dah lari bang " air matanya laju mengalir kerana risaukan anaknya itu.

" Haa lari? Rina biar betul? " soal Datuk Safawi seakan tidak percaya.

" Ya bang. Baju dia semuanya dah tak ada. Ya Allah bang, macam ni. Mana kita nak cari Lys? " Datin Zarina sudah cemas.

Dia tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi pada Arlysa. Kemana agaknya Arlysa pergi. Dia benar-benar risau dengan keselamatan anaknya itu.

" Sabar Rina. Bawak bertenang. Kita cuba cari Lys dekat rumah kawan-kawan dia dulu. Abang rasa Lys masih ada dekat kawasan sini lagi. Dia tak mungkin berani untuk lari jauh " .

Datin Zarina mengangguk. Dia mengikut saja saranan suaminya.

" Ya Allah kau lindungilah anak aku" .

" Morning Mak Limah " ucap Arlysa sebaik tiba di dapur.

" Eh Lys. Selamat pagi " jawab Mak Limah.

" Mak Limah masak apa ni? " soalnya ramah.

" Mak Limah masak nasi goreng. Is memang setiap hari mintak Mak Limah masakkan nasi goreng untuk dia " .

" Ohh " Arlysa mengangguk faham.

" Lys ni rapat ya dengan Is? " soal Mak Limah.

Rapat? Hmm rasanya tak pernah rapat pun. Cuma kali ini dia terpaksa meminta pertolongan Iskandar memandangkan dia sudah tiada pilihan lain lagi.

" Nak cakap rapat tu tak sangat. Biasa-biasa jer. Mak Limah dah lama ke kerja dengan abang Is? Lys pernah lah dulu datang ke sini, rasanya dulu abang Is belum ada pembantu rumah lagi " .

" Adalah dalam 5 bulan Mak Limah kerja dekat sini " .

" Patutlah waktu Lys datang dulu, Mak Limah tak ada " .

Mak Limah tersenyum kecil. Nasi goreng yang sudah siap dimasak diletakkan dalam sebuah mangkuk.

" Mak Limah, biar Lys tolong bawakkan ke meja makan ea " tawar Arlysa.

" Tak apa ke? " .

" Eh takpa lah Mak Limah " Arlysa mengambil mangkuk itu daripada tangan Mak Limah dan terus berlalu ke meja makan.

" Baik betul Lys ni " puji Mak Limah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience