BAB 5

Romance Completed 10888

Dumm!

Arlysa menghempas kuat pintu biliknya tanda protes. Dia mendengus geram.

" Papa memang tak adil. Aduhh kalau aku tak ada duit, macam mana aku nak enjoy " rungutnya.

Yang pasti dia tidak mahu masuk ke pejabat. Dia tetap dengan pendiriannya. Mana mungkin dia mahu masuk ke pejabat sebagai pekerja bawahan saja. Dia anak pemilik syarikat, sepatutnya Datuk Safawi memberikan jawatan yang tinggi untuknya.

Arlysa tiba-tiba mendapat idea. Dia mengambil luggage besar miliknya di atas almari. Kemudian dia mengambil pakaiannya yang berada di dalam almari lalu dimasukkan semuanya ke dalam luggage. Beberapa barang pentingnya juga diambil lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya.

" Kalau papa dan mama buat Lys macam ni, lebih baik Lys lari jer daripada rumah " tekadnya.

Arlysa duduk di perhentian bas. Dia sendiri tidak tahu hendak lari ke mana lagi. Senyap-senyap tadi Arlysa lari daripada rumah. Dia lari mengikut pintu belakang ketika papa dan mamanya sedang minum petang di halaman rumah. Mujur sahaja mereka tidak sedar akan kepergiannya.

" Mana aku nak pergi ni? " keluhnya. Langit juga sudah bertukar gelap. Dia harus segera mencari tempat tinggal.

Tiba-tiba dia teringatkan Iskandar. Yaa Iskandar. Iskandar ialah abang sepupunya kebetulan Iskandar memang tinggal berhampiran dengan rumahnya.

" Apa kata aku tumpang rumah abang Is buat sementara waktu " bibirnya mengukir senyuman kecil.

Sebuah teksi lalu, cepat-cepat Arlysa menahan teksi.

Arlysa berdiri tegak di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat. Rasanya kalau tidak silap, ini memang rumah Iskandar. Dia pernah datang ke rumah lelaki itu sebelum ini.

" Assalamualaikum! " laungnya.

Loceng pintu pagar ditekan berulang kali. Beberapa saat kemudian keluar seorang wanita .

" Waalaikumsalam. Ya cik cari siapa?" soal wanita itu.

Arlysa tersenyum kecil pada wanita itu. Rasanya ini pasti pembantu rumah Iskandar.

" Saya Arlysa, ni rumah abang Iskandar kan? " .

" Ha'ah betul lah tu. Cik ni siapa?" .

" Nama saya Arlysa. Saya sepupu abang Is. Boleh saya jumpa abang Is?".

" Oh sepupu Iskandar. Jemputlah masuk " ajak Mak Timah.

Arlysa mengangguk. Dia terus mengikut langkah Mak Timah masuk ke dalam rumah Iskandar. Mujurlah Iskandar ada. Jika tidak entah mana dia hendak tinggal malam ini.

" Siapa tu Mak Timah? " soal Iskandar yang baru turun daripada tingkat atas. Tadi dia terdengar loceng berbunyi. Pelik juga. Siapa pulak yang datang malam-malam begini.

" Hai abang Is " sapa Arlysa.

" Lys? " soal Iskandar terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience