BAB 22

Romance Completed 10934

Rumah nek Ton malam ini meriah dengan jiran-jiran yang membantu rewang untuk majlis esok. Beginilah suasana kenduri di kampung. Mereka semua saling bantu membantu. Tapi zaman sekarang agak susah untuk merasai kenduri yang hidangannya dimasak sendiri. Semuanya diupah katering.

" Bawang ni racik halus-halus ya. Nanti nak ditumis dalam gulai " kata Nek Kiah.

Nek Kiah memang pakar dalam masakan. Orang-orang kampung akan memanggilnya jika hendak buat kenduri. Masakan Nek Kiah tiada tandingan di kampung ini. Memang sangat sedap.

Arlysa rasa sangat teruja dapat melihat suasana rewang yang sangat meriah malam ini. Tersenyum-senyum dia. Lagi-lagi apabila dapat berkumpul dengan ahli keluarga besarnya.

" Seorang cucu nenek dah nak nikah esok. Lepas ni giliran siapa pulak ya?" Nek Ton memandang ke arah cucu-cucunya.

Nadia tergelak kecil.

" Giiran Lys kot " dia menyiku lengan Arlysa perlahan.

" Eh kenapa pulak aku, kau lah dulu " balas Arlysa.

Antara sepupu-sepupunya yang lain, Arlysa paling rapat dengan Nadia kerana Nadia sebaya dengannya. Sepupu yang lain semuanya lebih tua daripada mereka. Kiranya mereka berdua adalah cucu yang paling bongsu. Nadia ialah adik kepada Iskandar. Mereka dua beradik saja. Sepupu mereka yang akan bernikah esok ialah Intan. Intan adalah cucu sulung dalam keluarga ini. Dia anak kepada mak lang. Mak lang mempunyai lima orang anak. Manakala Maksu pula mempunyai dua orang anak sahaja.

Hanya Arlysa anak tunggal dalam keluarga ini. Oleh kerana itu dia sudah menganggap sepupunya seperti adik beradik sendiri.

" Sepatutnya lepas ni giliran abang Is. Tapi tu lah jodoh tak panjang kan. Sabar ya abang Is? Insya Allah Min rasa ada jodoh yang lebih baik lepas ni " kata Amin.

Arlysa terkedu seketika mendengar kata-kata anak mak langnya itu. Tak ada jodoh? Abang Is dah putus tunang ke dengan Maya? Adakah sebab dia mereka putus tunang?

Arlysa menjeling sekilas ke arah Iskandar. Wajah lelaki itu berubah sedikit apabila Amin berkata begitu.

" Insya Allah " itu saja yang di balasnya.

" Tak payah sedih-sedih Is. Nenek yakin Is akan jumpa perempuan yang lebih baik " pujuk Nek Ton.

Iskandar mengangguk perlahan. Arlysa jadi tertanya-tanya mengapa Iskandar dan Maya putus tunang. Kenapa dia tak tahu? Hendak saja dia bertanya pada Nadia ketika ini tapi nanti apa pulak kata Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience