BAB 6

Romance Completed 10888

" Lys daripada mana sebenarnya ni? Siap bawak beg besar lagi " soal Iskandar.

" Lys lari daripada rumah " jawabnya.

" Ha? Lari daripada rumah? Lys biar betul? Kenapa pulak? " soalnya terkejut. Haishh macam-macam budak zaman sekarang ni.

" Papa nak tarik balik kereta yang dia bagi pada Lys, lepas tu dia tak nak bagi Lys duit belanja. Macam mana lah Lys nak hidup. Jadi lebih baik Lys pergi daripada rumah tu " .

Berkerut seribu dahi Iskandar. Pasti ada sebab mengapa Pak Ngahnya buat begitu. Tidak mungkin bapa saudaranya itu sengaja buat begitu.

" Mesti ada sebab kan. Kenapa pak ngah buat macam tu? " soal Iskandar.

" Sebab Lys tak nak masuk office" .

" Lah, kenapa pulak Lys tak nak masuk office? Patutlah pak ngah buat macam tu " .

" Papa nak Lys mula daripada bawah. Lys tak nak abang. Papa tu pemilik syarikat tu. Takkan lah anak pemilik syarikat jadi pekerja bawahan jer. Lys tak boleh terima " .

" Lys, apa salahnya kalau mula daripada bawah pun? Abang rasa tak ada salahnya. Lys boleh belajar banyak lagi perkara kalau Lys mula daripada bawah. Pak ngah cuma nak yang terbaik untuk Lys, itu jer " .

" Lys tak nak. Kalau papa tak bagi Lys pegang jawatan tinggi, Lys tak akan balik rumah " .

" Mesti pak ngah dengan mak ngah risaukan Lys sekarang ni " .

" Ala dia orang bukannya sayangkan Lys pun " .

" Lys tak baik cakap macam tu lah. Pak ngah tu sayang sangat dengan Lys. Lys lah satu-satunya anak dia. Mana ada parents yang tak sayangkan anak dia Lys " .

" Kalau dia orang sayang, dia orang tak akan buat Lys macam ni. Tetapkan syarat supaya Lys masuk office. Tu tak adil untuk Lys. Dia orang tak boleh paksa Lys ".

Iskandar menghela nafasnya perlahan. Susah betul nak cakap dengan Arlysa ni.

" Habis tu Lys tetap nak lari daripada dia orang lah ni ? Lys dah fikir masak-masak? " soal Iskandar

Arlysa mengangguk.

" Lys tak nak balik rumah. Boleh tak kalau Lys tumpang rumah abang buat sementara waktu ni? " .

Iskandar diam seketika. Tidak menjawab ya. Tidak juga menjawab tidak.

" Abang? Boleh tak? Please abang, Lys harapkan abang jer sekarang ni. Buat sementara waktu jer Lys tinggal kat sini " rayu Arlysa.

" Okay boleh. Tapi ada syarat, sekejap jer. Abang dan Lys bukan muhrim. Tak elok tinggal serumah " .

" Yeayy thank you abang! " jawab Arlysa gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience