BAB 15

Romance Completed 10888

" Lys? Okay tak kaki tu? " soal Iskandar. Dia melangkah mendekati Arlysa.

" Sakit sikit " jawab Arlysa.

Iskandar terkejut melihat kesan lebam pada kaki Arlysa.

" Ya Allah Lys, lebam ni. Sekejap, abang ambilkan minyak " Iskandar terus berlalu.

Beberapa minit selepas itu, dia datang semula sambil membawa minyak angin. Iskandar mengambil tempat di sebelah Arlysa.

" Mari sini kaki " Iskandar menepuk-nepuk pehanya. Memberi tanda supaya Arlysa meletakkan kaki di atas ribanya.

Arlysa memandang pelik ke arah Iskandar. Err takkan lah nak letak kaki kat atas riba abang Is?

" Come Lys. Letak kaki kat sini. Biar abang sapukan minyak " .

Arlysa menggeleng perlahan.

" Eh takpalah. Lys boleh sapu sendiri. Lagipun Lys segan lah " tolaknya.

" Nak segan buat apa? Abang bukannya nak buat apa-apa dekat Lys. Abang cuma nak sapukan minyak dekat kaki Lys tu. Meh letak sini " .

Dengan berat hati Arlysa meletakkan kakinya di atas riba Iskandar. Tanpa menunggu lama Iskandar terus menyapukan minyak pada kesan lebam di kaki Arlysa.

" Abang minta maaf ya Lys. Lys jangan ambil hati dengan Maya " pohonnya.

" Takpalah. Lys sebenarnya yang patut minta maaf. Sebab dah ganggu abang dengan dia. Mungkin dia rasa tak selesa bila Lys ada dengan abang, sebab tu dia buat macam ni. Lys faham dan Lys sedar siapa diri Lys. Lys minta maaf ya sebab dah menyusahkan abang " .

" Lys jangan cakap macam tu. Lys bukannya orang lain pun. Lys adik sepupu abang. Keluarga abang jugak. Lys jangan ambil hati dengan Maya. Abang yakin nanti dia mesti boleh terima Lys. Mungkin masih baru lagi kan. Sebab tu dia tak biasa " .

Arlysa mengangguk faham.

" Lys bukannya nak cari gaduh dengan dia, cuma sebagai orang muda dia kena hormat Mak Limah. Lys tak suka tengok dia layan Mak Limah kasar-kasar. Ya Lys tahu Mak Limah cuma pembantu rumah, tapi dia tetap kena hormat Mak Limah. Dia tak boleh layan Mak Limah macam tu. Abang kena nasihatkan dia okay? " .

Iskandar tersenyum kelat.

" Nanti abang cakap dengan dia " .

" Abang cintakan dia? " soal Arlysa tiba-tiba.

" Mestilah abang cintakan dia. Kalau tak, abang tak akan bertunang dengan dia. Soalan apa Lys tanya ni? Kenapa Lys tanya ? " soal Iskandar pelik.

' Sebab Lys rasa Lys dah mula cintakan abang.. ' katanya dalam hati.

" Lys? " .

" Err..tak ada apa-apa. Lys tanya jer " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience