BAB 23

Romance Completed 10934

" Lys, jom teman aku pergi beli ais dekat kedai runcit depan tu " ajak Nadia.

" Beli ais? Bukan pak lang dah order cukup-cukup ke? Takkan lah dah habis " soal Arlysa pelik.

Setahunya tadi ada lori ais yang sudah menghantar ais ke rumah mereka.

" Alah yang tu dah habis. Jom lah pergi beli " tangan Arlysa ditarik.

Arlysa hanya menurut. Dia terus masuk ke dalam kereta milik pak longnya. Nadia sudah pun menghidupkan enjin kereta.

" Eh Lys, aku lupa pulak " .

" Lupa apa?" soal Arlysa.

" Nenek suruh aku buat agar-agar tadi" .

" Habis tu macam mana? " soal Arlysa.

Nak suruh dia pergi seorang-seorang? Dia bukannya tahu sangat pun jalan kampung ni. Kedai runcit pun dia tidak tahu dimana.

" Sekejap ya " Nadia terus keluar daripada kereta.

Dia memberi isyarat pada abangnya. Iskandar segera melangkah ke arahnya.

" Good luck " Nadia menepuk perlahan lengan abangnya sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.

Sebenarnya ini adalah rancangan dia dan Iskandar. Ada perkara penting yang Iskandar mahu katakan pada Arlysa. Di rumah Arlysa asyik mengelak saja daripada. Tapi kali ini Arlysa tidak boleh mengelak lagi.

Iskandar terus masuk ke dalam kereta. Terkejut Arlysa melihat lelaki itu.

" Mana Nadia? " soalnya.

" Nadia dekat dalam. Nenek suruh dia buat agar-agar. Kita jer lah ea yang pergi beli ais " .

Arlysa membuat muka tidak puas hati. Kalau tahu tadi yang dia harus pergi dengan Iskandar, lebih baik dia tak payah ikut. Nadia ni pun satu. Macam dah tak orang lain dia nak panggil.

Iskandar terus memandu. Sesekali dia menjeling sekilas ke arah Arlysa yang sedang memandang ke arah luar tingkap sambil berpeluk tubuh. Suasana di dalam kereta itu sunyi saja. Hanya kedengaran bunyi radio.

Iskandar memberhentikan keretanya di tepi pantai. Sengaja dia membawa Arlysa ke sini.

" Kita buat apa kat sini? Kata tadi nak beli ais " soal Arlysa.

" Ais ada lagi kat rumah tu. Jom turun. Ada benda yang abang nak cakap dengan Lys " Iskandar terus turun daripada kereta.

Arlysa mengeluh perlahan. Nampaknya dia dah kena tipu. Rupanya Nadia sudah berpakat dengan Iskandar. Dengan berat hati Arlysa turun juga daripada kereta.

" Abang nak cakap apa? " soalnya dingin.

Iskandar tersenyum nipis.

" Lys masih marahkan abang ya? " soalnya.

Soalan apa yang abang Is tanya ni? Siapa jer yang tak marah lepas apa yang dia dah buat dekat aku haritu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience