“Along. Takpe. Cinta boleh dipupuk. Mummy cakap, dia orang utama syarikat. Adik yakin dia baik. Dia boleh jaga adik. along pun tak kan kehilangan kerja. Cita-cita adik jugak boleh tercapai. Kalau dia cuba apa-apakan adik. adik bagi dia penumbuk!” Syasya memberi alasan. Ya! Aku harus berkorban. Demi along dan cita-cita aku.
“Tak. Along tak setuju.” Kazim menolak. Kazim menyilangkan tangannya ke dada tanda protes.
Tak! Adik tak perlu berkorban sedemikian rupa. Aku rela kehilangan kerja aku.
“Along! Please. Hanya cara tu adik boleh balas semua kebaikan along. Boleh gembirakan semua pihak.” Sekali lagi air mata Syasya menitis. Kazim menggenggam tangan adiknya.
“Tak! Along tak setuju. Adik tak perlu hancurkan masa depan adik dengan kahwin dengan lelaki apa entah. Along rela kehilangan kerja along. Demi adik, mummy, daddy. Memang ini semua salah along. Kalau along tak berdegil nak jadi doktor sejak dulu, adik tak kan jadi macam ni. Along anak sulung dalam keluarga, ini tanggungjawab along, bukan adik. along akan terima syarat ketiga.” Terang Kazim dengan panjang lebar.
Ini semua salah aku. Disebabkan aku, adik jadi mangsa. Aku mesti bertanggungjawab. Aku rela lepaskan kerja itu, aku akan menjadi waris syarikat keluarga aku. Keluarga aku akan bahagia. Itu harapan aku.
“Tak. Biar adik yang bertanggungjawab. Ini lah masa untuk adik balas semua pengorbanan along. Please!” pujuk Syasya lagi. Ya, aku tak kisah kalau harus berkahwin. Lagipun aku bukannya ada kekasih. Elok sangat lah tu. Cepat aku kahwin, cepat along kahwin. Aku dah tak sanggup tengok along berkorban untuk aku lebih banyak lagi.
“No!” tegas Kazim. Syasya mengengam kedua belah tangannya sambil merayu.
“Along. Please. Bagi adik peluang untuk berjasa kepada along. Kalau along sayangkan adik, along izinkan.” Matanya bengkak dek menangis terlalu lama.
“Biar along fikikanr dulu tetapi buat masa sekarang, the answer is no!” tegas Kazim lagi. Tak! Along tak akan izinkan. Malam tersebut berlalu begitu sahaja. Syasya tertidur dipangkuan abangnya selepas penat menangis. Kazim masih lagi dalam delema. Permintaan adiknya sungguh berat untuk diterima.
Hujung minggu berikutnya Syasya dan Taufik keluar bersama seperi biasa. Setiap hujung minggu, Taman Flora menjadi tempat mereka habiskan masa bersama-sama. Tempatnya nyaman dengan kanak-kanak bermain-main. Alangkah indah jika dapat menjadi budak semula, tiada tekanan. Tak perlu susah-susah memikirkan masa depan. Bangun tidur, tengok kartun. Andai Doraemon itu wujud, aku akan minta pinjam mesin waktunya.
“Apa? Habis tu kau pilih syarat nombor berapa?” Kazim terkejut beruk selepas mendengar cerita Syasya.
“Entah. Hati aku suruh pilih nombor dua kot. Maybe.” Jawab Syasya dengan tenang. Ya, aku dah buat keputusan. Aku nak kahwin. Aku boleh bahagiakan hati semua orang terutama hati Along. Adik nak yang terbaik untuk Along.
“nombor 2? Kahwin? Kau dah gila?” gila kau Sya pilih kahwin. Tu bukan perkara main-main.
“Tak, aku tak gila. Kau bayangkan eh, kalau aku kahwin dengan lelaki pilihan mummy dan daddy. First, aku dapat teruskan cita-cita aku. Second, along dapat teruskan cita-citanya jadi doktor. Third, mummy dan daddy tak akan minta permintaan lain lagi dan yang terakhir, aku tak payah susah-sudah minta restu orang tua. Mummy dan daddy awal-awal dah setuju.” Dengan panjang lebar Syasya terangkan alasannya.
“Tak! Kau tak dapat nak bahagiakan hati semua orang. Aku macam mana?” jelas-jelas Taufik tidak setuju dengan keputusan drastik kawannya itu.
“Apesal pulak? Kalau aku bahagia, kau pun turut bahagia kan?” kita kan sehati sejiwa. Kau bahagia aku bahagia, kau menangis aku menangis.
“Sya, tak kan kau nk kahwin dengan lelaki yang kau tak kenal langsung? Kau tak kenal perangai dia. Dia tak kenal sikap kau. Kalau dia lelaki jahat macam mana? “ bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Taufik.
“Fik, itu pilihan mummy dengan daddy. Mereka mesti jodohkan aku dengan lelaki yang berguna. Lelaki tu tak akan berani macam-macam dengan aku. Syarikat dia pegang atas nama aku. Dah, kau tak usah bimbang.” Syasya membeir senyuman ikhlas untuk Taufik.
“Berkahwin atas bukan dasar cinta?” tangan Syasya digenggam erat. Matanya tepat memandang kedalam anak mata Syasya. Syasya hanya tersenyum.
“Fik. Demi Along, aku rela korbankan segalanya. Aku tak nak along korbankan cita-citanya demi aku. Dah tiba masanya untuk aku membalas semua jasa along. Along dah banyak berkorban untuk aku. Mungkin selepas aku kahwin, tanggungwabnya untuk aku berkurang dan along dapat fikirkan masa depannya pula. Aku dah bagitahu kau kan? Along tak akan kahwin selagi tiada sesiapa yang dapat jaga aku.” Syasya membalas genggaman tersebut.
“Fik, trust me!” mata Syasya penuh mengharap agar Taufik memahaminya. Taufik melepaskan keluhan berat.
“Kalau itu pilihan kau, aku terima tapi janji dengan aku walaupun kau kahwin nanti, jang lupa aku. Kita tetap bersahabat kan? Aku sayang kau.” Jari kelilking di keluarkan. Syasya tersenyum lalu menyambutnya tanda janji. Aku tak akan pernah lupakan kau Fik. Aku janji. Ini semua demi kebaikan semua orang.
Aku sayang kau Sya.
Knok! Knok! Pintu bilik tempat Kazim bekerja diketuk. Menandakan ada pesakit yang datang.
“Masuk” Kazim memberi izin. Mulutnya terbuka luas setelah melihat gerangan pesakit tersebut. Taufik !
“Taufik. Apa Fik buat kat sini? Fik sakit apa?” Tanya Kazim setelah Taufik melabuhkan punggunya di atas kerusi. Muka Taufik tidak seceria dulu. Jelas terpancar kesedihan dimatanya.
“Bukan Fik yang sakit tapi hati Sya yang sakit.” Jawab Taufik geram.
“Apa maksud Fik?” Kazim tidak mengerti.
Share this novel