BAB 17

Romance Completed 7928

“Sya.. abang kira sampai tiga. Kalu Sya tak bangun, abang cium.” Gertak Taufik.

Hah? Cium? Tak nak! Tapi masih ngantuk!

“Satu.. dua.. “ Syasya masih tidak berganjak. Tak makan saman langsung. Taufik mendapat satu idea.

“Tiga.” Taufik menyambung kiraanya lalu menggeletek isterinya. Tergeliat habis Syasya. Geli!

“Abang. Geli ! hahaha” Syasya mengelak dari terus digeletek. Syasya bangun lalu terus melompat keluar daripada katil.

“Rasakan. Liat sangat nak bangun” dikejar isterinya yang berlari ke seluruh bilik. Berkejaran mereka berdua pagi itu. Berpusing-pusing mengelilingi katilnya. Pagi-pagi dah bersenam. Hahaha

“Abang.. stop! Sya dah bangun ni.” Rayu Syasya. Taufik tidak mengendahkan rayuan isterinya. Dikejar Syasya sampai dapat.

Syasya terus berlari tetapi nasib tidak menyebelahinya, kakinya tersepak kaki katil lalu.. GEDEBUK !!!

“Auchhh!” Syasya mengaduh kesakitan. Digosok kakinya yang sakit. Taufik segera berlari kearah isterinya.

“Sayang! sayang tak pape ke? Sakit kat mana?” Tanya Taufik bimbang.

“Nampak tak orang jatuh tadi. Mestilah sakit!” marah Syasya geram. Terkeluar jugak mengamuknya. Cepat-cepat Syasya tersedar, dihadapnnya sekarang bukan kawannya lagi tetapi suami! Syasya memandang kearah Taufik.

“Sorry..” ujar Syasya lalu tertunduk malu. Taufik tersenyum melihat gelagak isterinya.

“Takpe.. abang faham. Abang sepatutnya minta maaf.sorry sayang. abang tak sengaje. Abang gurau je tadi” tangan Taufik ligat membelek kaki isterinya. Sakit!

“kaki sayang dah terseliuh ni. Jom abang bawak pergi klinik.” Dipapah badan isterinya untuk bangun tetapi Syasya tidak berdaya untuk berjalan. Sakit! Bukan sengaje nak bermanja! Betul-betul sakit! Tanpa banyak soal, Taufik terus mencempung isterinya ke kereta. Syasya membiarkan sahaja.

“Macam mana boleh jadi macam ni?” Tanya Kazim risau selepas melihat adiknya terenjut-enjut untuk berjalan. Dah la tak bagitahu orang langsung. Balik dari kerja, Kazim melihat kaki adiknya berbalut. Buat orang risau je!

Syasya berjalan dengan perlahan-lahan kearah Kazim yang sedang menonton tv di ruang tamu. Seperti biasa, waktu itu sahaja dia ada peluang untuk bermanja dengan abangnya. Punggung dilabuhkan disebelah Kazim lalu melentokkan kepalanya diatas bahu abangnya. Taufik yang berada di kerusi sebelah diabaikan.

“Tengok tu, dah ada suami pun nak bermanja dengan along lagi.” Ujar Kazim.

“Takpe long. Masa ni Fik bagi peluang pada Sya nak bermanja dengan along dulu. Lepas masuk bilik nanti, giliran Fik pulak. Dia tak boleh lari dah.” Jawab Taufik ddengan senyuman nakal. Kazim ketawa berdekah-dekah. Ada-ada aje Fik ni. Syasya melihat suaminya dengan pandangan tajam. Tak senonoh langsung.

“Macam mana kaki boleh terseliuh ni?” Tanya Kazim ingin tahu. Dekat rumah pun boleh jatuh.

“Alah along ni. Biasalah pengantin baru. Mana boleh duduk diam.” Celah Taufik lagi. Sekali lagi Kazim ketawa. Macam-macam jawapan dia bagi.

“ohh. Okay. Faham!” Kazim menganngukkan kepalanya.

Geramnya! Siap kau Fik aku kerjakan malam ni.

“Dah, adik nak masuk bilik. Tidur.” Syasya merajuk lalu terenjut-enjut berjalan kearah biliknya.

“Awalnya nak bermanja dengan abang. Okay, jom tidur!” gurau Taufik lagi. Sengaje kena kan isterinya. Comel bila marah.

“Fikkkkkkkkkkkkkkkkkk!” teriak Syasya kuat. Taufik terus terdiam. Okay, bini aku dah mengamuk.

“Mari abang tolong.” Dicempung sekali lagi siterinya kebilik. Nak tunggu jalan, lambat. Lima minit baru sampai.

Muka Syasya masam mencuka. Bukan setakat cuka, semua sepupu sepapat yang berkaitan masam ada. Malam ni tidur luar!

Syasya seronok menonton drama Korea di dalam biliknya. Terpacak di hadapan laptop sampai suaminya di sebelah yang sedang membaca buku di hiraukan.

“Tadi cakap nak tidur, masuk bilik duk layan drama pulak” Taufik menjenguk skrin laptop isterinya disebelah. Apa yang best sangat sampai aku dipinggirkan.

Syasya tidak menjawab. Masih merajuk. Matanya masih fokus pada pelakon drama tersebut. Hero paling penting!

“Amboi, kusyuk bebenor tengok mamat korea sampai abang di sebelah tak layan” sindir Taufik.

“Biarlah. Lagi suka tengok mamat korea ni daripada abang. Dia hensem, abang tak hensem.” Jawab Syasya bersahaja.

“Plastik je tu. Muka abang 100% dijamin tulen.”

“Tak kisah, yang penting dia hensem.” Syasya masih kusyuk menonton drama kesukaannya Dream High. Selalu diulang tayang. Maklumlah pelakon kesukaanya Kim Soo Hyun dan Taecyon. Apa lagi. Layan sampai cair lah.

“Takpelah. Abang sedar diri ini. Dah lah tak hensem, hitam pulak tu. Mana boleh lawan pelakon tu” rajuk Taufik lalu bangun dari katil.

“Eh, nak kemana pulak tu” Tanya Syasya hairan.

“Nak tidur luar. Isteri dah tak pandang muka ni kat sebelah.” Syasya dengan cepat menarik tangan Taufik.

Alah, aku yang nak merajuk sekarang ni. Dia pulak yang merajuk sama. Aku bukan isteri derhaka nak bagi suami tidur luar. Terpaksalah mengalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience