BAB 4

Romance Completed 7928

Tepat pukul 10 malam, Kazim mengambil keputusan untuk menjenguk adiknya di dalam bilik. Kazim berdiri lama dihadapan pintu bilik adiknya. Berkira-kira hendak mengetuk pintu atau tidak. Kazim pun menapak kedalam bilik adiknya selepas diberi izin “masuk” sebentar tadi. Kazim memulas tombol pintu dan melihat adiknya sedang mengadap laptop. Sibuk dengan assignment “kut”. Syasya berhenti mengadap laptopnya dan tersenyum kearah abangnya. Kazim duduk dipinggir katil.

“adik masih marahkan along?” ayat pertama yang muncul daripada Kazim. Syasya hanya tersenyum.

“takde lah. Along tak salah pun, apesal pulak adik nak marah along? “ Syasya buat muka keliru sambil anak keningnya diangkat sebelah ala-ala Ziana Zain gituh.

“pasal petang tadi? Along tak tahu mumy nak datang. Tiba-tiba aje mummy muncul nak jumpa adik. “ bersungguh-sungguh Kazim menerangkan cerita sebenar. Syasya bingkas bangun dari tempat duduk asalnya lalu duduk di tepi abangnya sambil memeluk lengan abangnya.

“along. Along tak salahlah. Adik sayang along. Itu salah mummy bukan along.” Lagaknya seperti budak kecil 4 tahun.

Along tak salah. Aku faham. Mummy tu, semua benda nak suruh anaknya buat asalkan memuaskan hatinya. Menyampah!

“Betul ni?” Kazim inginkan kepastiaan.

“Iyalah, betul. Okay, stop talking about this. Boring! “

Asyik-asyik cakap pasal mummy. Syasya membebel dalam hati.

“ adik. Nampak sibuk je, banyak kerja? Nak suruh along tolong?”

“along nak tolong? Haha along belajar medical, ni bab engineer. Jangan mimpi nak tolong. Memang tak boleh” peril Syasya pada abangnya. Kazim hanya tersengih macam kerang busuk.

Tulah, nak jadi abang perihatin konon. Aku mana tahu bab mesin-mesin macam ni. Kalau ditanya pasal organ manusia aku pro!

“okay lah, along keluar dulu. Jangan tidur lewat. Penat along nak kejutkan esok. “ Kazim meggosokkan kepalan adiknya.

“okay bos” Syasya menabik abangnya. Syasya menyambung kembali kerja yang tertangguh. Banyaknya! Aku nak bertwitter. Hmm, nampaknya kena tangguhkan dululah hajat tu. Nada dering Heart A Break tiba-tiba berbunyi manandakan ada pemanggil. Nama “Budak Poyo” tertera di skrin telefonnya. Siapa lagi, mesti Taufik. Tanpa tanggu lama, Syasya menekan punat hijau di keypad telefonnya.

“Hello. Nak apa?” Syasya memulakan percakapan.

“Amboi, tak reti bagi salam ke? “ Taufik memerlinya.

Ceh, menyampah. Kau je pun.

“Iya, Assalamualaikum cik Fizzul Taufik. Ada apa yang boleh saya bantu?” Syasya mengikut sahaja.

“Kau dah siap assignment Madam Nora ? Aku lupa nk salin info penting yang kita jumpa dekat libarary tadi. Tolong aku weh. “

Menggatal lagi kan, assignment pun tak siap. Kalau boleh nombor telefon takpe jugak, ni isteri orang. Hahaha

“ya, aku ada salin. Lain kali mata tu jaga. Jangan asyik melilau tengok awek je. Siapkan kerja dulu.” Syasya membebel. Pergi mana-mana, pantang tengok awek cun, aku lah jadi mangsa “orang tengah”. Nasib kau kawan aku Fik.

Taufik mencebik. “ eleh, macam lah kau tak macam tu. Ade pakwe handsome sikit, mula lah tengok bagai nak rak, nak tercabut mata.” Taufik melawan.

“Aku tengok je. Aku takdelah nk usha-usha bagai. Kira baik sikit la dari kau Fik.” Jawab Syasya lalu ketawa mengekek.

“WHATEVER! Sya, tolong emailkan aku assignment kau. Nak salin, lepas tu aku ubah lah siki-sikit. Aku janji tak tiru 100%, maybe dalam 90% kot.” Kazim cuba memujuk.

“ banyak lah kau 90%, kalau Madam dapat tahu macam mana? Gila nak buat yang lain.” Syasya mahu mengamuk.

“ aku nak tiru sikit je pun, tu pun nak berkira. Cepat lah send! Sya, sharing is caring”

Selama ni pun, kau tiru ak jugak.

“Sharing is boring. Ya, nanti aku hantar.” Syasya mengalah.

“Sekarang lah. Jangan nanti.”

“Sekarang aku sedang cakap dengan kau, macam mana aku nak send ‘ngok’ “

“hehe okay. Thanks Sya. Sayang kau!”

“Aku tolong, baru nak sayang aku.” Syasya mencebik.

“Alah, kalau kau tak tolong puan, ak tetap sayang kau. “

Gila apa aku tak sayang kau Sya, kita dah berkawan hampir 10 tahun. Sejak kecil. Kau lah sahabat aku dunia akhirat.

“So, aku tak nak tolong eh?” Syasya mengusik.

“Syaaaaa! “ Taufik menjerit kuat memanggil namanya. Syasya melarikan telefonnya dari telinga. Mahu pekak aku, kau teriak. Syasya ketawa kuat lalu menekan punat merah pada telefonnya.

Kau ni kan Sya, siap kau esok aku kerjakan.

Kazim tidak dapat mengambil Syasya pada hari tersebut kerana sibuk. Pesakit terlalu ramai. Dia tidak boleh meninggalkan Hospital begitu sahaja. Syasya diminta pulang dengan Taufik. Tetapi sampai sekarang, dah pukul 9 malam belum pulang juga budak ni. Kemana lah dia pergi. Suka cari kesempatan.

“Ya ALLAH. Kau orang pergi mana sampai basah macam ni?” Kazim terkejut melihat adiknya masuk ke rumah dengan keadaan basah melecun. Syasya hanya tersengih menampakkan giginya. Syasya dan Taufik pergi “jalan-jalan cari makan” lepaskan tekanan sebelum ujian semester bermula. Semua tempat dilawatnya. Jika dia bersama Taufik, abangnya tidak akan marah sebab abang percaya pada Taufik. Kalau Fik nak buat sesuatu yang buruk, aku buka semua silat yang aku belajar masa sekolah menengah dahulu. Jangan main-main, ini Sya tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience